Penyokong PKR Di Felda Jenderak Selatan Keluar Parti, Sokong BN ! kabarmalay3.blogspot.com


KUALA KRAU: Tinggal lima hari sahaja lahi menjelang hari pengundian PRU14, Pakatan Harapan (PH) Kuala Krau dikejutkan apabila penyokong PKR dari Felda Jenderak Selatan mengisyhtiharkan dirinya keluar parti itu dan menyokong BN.

Calon BN DUN Jendera, Datk Seri Mohamed Jaafar dan warga Felda Jenderak Selatan menjadi saksi majlis itu malam tadi. Ia memberi tamparan hebat untuk PH bersaing merebut kerusi DUN itu pada pilihanraya umum kali ini.

Mohamed Jaafar akan mempertahaknan DUN yang telah dimenanginya sejak beberapa penggal yang lalu. Beliau akan ditentang tiga penjuru oleh calon PAS, Abdullah Yusoh dan calon PH, Faizah Baharom.

Pada PRU13 lalu, beliau mempertahankan kerusi DUN itu dengan majoriti 2,182 undi. #PDO

Subscribe to receive free email updates: