Calon PH DUN Beserah, Lihat Potensi Balok Jadi Bandar Baharu ! kabarmalay3.blogspot.com


KUANTAN: Calon PKR DUN Beserah, Zulkifli Mohamed melihat potensi Balok sebagai bandar baharu ekoran pembangunan pesat di situ.

Zulkifli berkata, kepadatan penduduk dan pembangunan pesat di Balok, wajar diangkat sebagai bandar.

"Ia secara tidak langsung akan meningkatkan ekonomi penduduk setempat.

"Dalam masa sama, menjadi tumpuan pelancong ke lokasi pelancongan sekitar," katanya.

Selain itu, isu setempat di Beserah turut menjadi tumpuan calon ini.

Zulkifli berkata, isu lokal yang menarik  perhatiannya adalah soal infrasturuktur seperti jalan raya, sistem perparitan dan fasiliti komuniti.

Katanya, keadaan jalan yang rendah di beberapa kawasan sekitar Balok menyebabkan air bertakung apabila hujan lebat.

"Masalah ini perlu diatasi kerana saya lihat  sudah berlarutan sejak beberapa tahun.

"Keadaan itu boleh membahayakan pengguna jalan raya di situ," katanya. #sumber

Subscribe to receive free email updates: