JOHOR BAHRU: Pengerusi Pakatan Harapan Pakatan Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Khamis (10 Mei).
Naib Presiden Pakatan, Salahuddin Ayub berkata, pelantikan Menteri Besar akan menjadi tumpuan dalam pertemuan antara Muhyiddin dan baginda pada pukul 10 pagi.
"Calon-calon untuk jawatan Menteri Besar Johor akan dibincangkan lebih lanjut dalam majlis presiden Pakatan di mana nama tersebut harus dipersetujui oleh semua pihak," katanya.
Salahuddin berkata demikian pada sidang media di sebuah hotel di sini selepas Pakatan Harapan memenangi 36 kerusi negeri yang membolehkannya merampas Johor daripada Barisan Nasional (BN) pada PRU14.
Sementara itu, Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) negeri, Datuk Osman Sapian berkata, sesi menghadap Sultan akan dilakukan sama ada di Istana Pasir Pelangi atau Istana Bukit Serene.
"Istana Johor telah meminta supaya tiga nama diberikan kepada Sultan Ibrahim untuk jawatan Menteri Besar," katanya.
Bagaimanapun, Osman enggan mendedahkan nama-nama yang dipilih oleh Pakatan Harapan.
Related Posts :
[RAKYAT MAKIN MERANA] VIRAL Pemimpin PH makan daging lembu Waghyu kabarmalay3.blogspot.com
◼️RAKYAT GIGIT TULANG, PEMIMPIN BAHAM WAGYU
Sedih Nabeel tau abang, kakak semua.
Mengadu kat rakyat kata hutang negara banyak. RM 1 trilli… Read More...
[LANTIKAN BARU] Waytha Moorthy, Hindraf dilantik Menteri di JPM, Pengerusi DAP Johor, Liew Timb. Menteri Pertahanan kabarmalay3.blogspot.com
Lima Senator dilantik ke dalam Kabinet:
1. YB Senator Tuan Waytha Moorthy A/L Ponnusamy - Menteri di JPM (Perpaduan Negara dan Kesejahter… Read More...
((LIVE)) Majlis angkat sumpah Menteri, Timbalan Menteri di Istana Negara kabarmalay3.blogspot.com
… Read More...
Kalau Sudah Menteri Agama pun PERTAHANKAN LGBT, apa lagi yang diharapkan kabarmalay3.blogspot.com
KUALA LUMPUR, July 17 ― Islamic Affairs Minister Datuk Mujahid Yusof Rawa stood up for the Lesbian, Gay, Bisexual and Transgender (LGBT)&… Read More...
Penganalisis,Prof Barjoyai : SST TAK TURUNKAN harga barang, perkhidmatan, Syarikat UNTUNG LEBIH kabarmalay3.blogspot.com
Barjoyai Bardai berkata kerajaan dijangka akan kehilangan lebih RM20 bilion pendapatan setahun dengan pelaksanaan SST. (Gambar Facebo… Read More...