Sebanyak 10 banting dikesan digantung di tepi jalan di sekitar Beserah sehingga Chendor yang bertulis mengenai kekecewaan beliau tidak dipilih sebagai calon BN pada PRU14 ini.
Menurut Mustaffar Kamal, perbuatan pihak tidak bertanggungjawab itu dilihat seperti mahu mensabotaj parti dan menjadi isu tidak dipilih sebagai calon sebagai agenda.
“Saya terkejut apabila dimaklumkan perkara ini kerana bagi saya soal dicalonkan atau tidak adalah keputusan pucuk pimpinan parti.
“Saya tetap turun padang membantu jentera parti berkempen bagi memastikan kemenangan BN di Indera Mahkota,” katanya kepada media pada sidang media di Pejabat UMNO Bahagian Indera Mahkota, hari ini.
Hadir sama, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Datuk Mazlan Mat Rashid.
Mustaffar Kamal berkata, sekiranya pihak terbabit mahu melemahkan parti atau membuat fitnah terhadapnya, ia hanya membuang masa.
Katanya, dalam tempoh ini semua pihak bekerjasama untuk melihat kemenangan BN dan bukannya membuat pertama memalukan itu.
“Sebagai orang lama dalam parti, kita perlu menerima secara terbuka apa sahaja keputusan termasuk dalam isu calon ini.
“Saya buat kerja seperti biasa dan terus bersama parti,” katanya.
Berikutan kejadian itu, Mustaffar Kamal membuat laporan polis di Balai Polis Beserah dan mahu siasatan dijalankan segera. #sumber