Mahu Dungun tapi didesak bertanding di Marang kabarmalay3.blogspot.com



Mahu Dungun tapi didesak bertanding di Marang


Pemuda AMANAH Terengganu menyifatkan parti tersebut menjadi korban untuk meletakkan calon bertanding di Marang.

Ketuanya, Hasbie Muda berkata, PPBM dan PKR mendesak AMANAH untuk bertanding di kerusi yang disandang Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.

“Ya. AMANAH jadi korban. Parti lain sama ada PPBM mahupun PKR menolak untuk meletakkan calon mereka di Marang.

“Awalnya, kita minta kerusi Kuala Nerus, Dungun dan Kuala Terengganu,” beritahunya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas agihan kerusi Parlimen di Terengganu susulan pembahagian 165 kawasan di seluruh Semenanjung seperti diumumkan semasa Konvensyen Pakatan Harapan semalam.

Mengakui agak kecewa dengan keputusan agihan kerusi bagi negerinya, Hasbie berkata, AMANAH Terengganu saban minggu menggiatkan gerak kerja di Parlimen Dungun.

“Agak kecewa sebab AMANAH Dungun konsisten buat gerak kerja sejak awal lagi.

“AMANAH Dungun hampir setiap minggu buat kerja turun padang,” ujarnya lagi.

Subscribe to receive free email updates: