Label Tun M ‘PAS Kafir’ & Guan Eng ‘PAS Sesat’ Rugikan PH – MSO kabarmalay3.blogspot.com

 
 



Penulis politik pro Pakatan Harapan (PH), Mohd Sayuti Omar (MSO) berpendapat label yang diberikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lim Guan Eng terhadap PAS sebagai ‘kafir’ dan ‘sesat’ merugikan PH.

Justeru itu, MSO menasihati kedua-dua pemimpin utama PH itu berhati-hati dalam memberi label terhadap PAS kerana dibimbangi label-label yang diberikan itu akan ‘back fire’ kepada gabungan pembangkang tersebut.

“Saya tidak setuju dengan bahasa dan kempen saraf politik dilakukan Dr Mahathir yang mengatakan Abdul Hadi Awang kafir, alasannya kerana Hadi pernah mengkafirkan Umno tetapi kini bersama Umno.

“Walaupun hujah itu nampak logik, tetapi terma kafir itu tidak baik, ia sama dengan terma dipakai Guan Eng mengatakan Pas sebagai sesat. Kedua-dua terma itu tidak banyak membantu Pakatan Harapan,”katanya dalam Facebook.

Dalam masa sama, MSO bijak menyuntik jarum pengabsahannya untuk menghalalkan ahli-ahli PAS keluar parti dengan menyamakan ‘Amanat Hadi’ 1981 dengan ‘sumpah baiah’ yang diwajibkan kepada setiap calon PAS yang bakal bertanding PRU 13.

“Dr Mahathir seharusnya faham kenapa Abdul Hadi mengeluarkan Amanatnya tahun 1981, ia bukan berasaskan hukum yang benar tetapi kerana helah politik melarang orang Melayu sokong Umno sebaliknya sokong Pas.

“Amanat itu lebih bersifat politik. Statusnya samalah dengan bai’ah bahalul itu.

“Kalau Dr Mahathir memahami maksud dan “politik” ini dia tidak perlu menggunakan isu Amanat itu untuk menuduh atau menggunakan perkataan “kafir” kepada Hadi Awang.

“Harap Dr Mahathir lebih berhati-hati dan menggunakan bahasa dan cari istilah yang sesuai dengan kematangannya,” katanya lagi

Subscribe to receive free email updates: