Tikam dan gilis: Tujuh lagi ditahan kabarmalay3.blogspot.com

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
JOHOR BAHRU: Seramai tujuh lagi individu ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki di Taman Pelangi, Ahad lalu.  
 
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, dengan tangkapan terbaru itu, menjadikan keseluruhan individu yang ditahan setakat ini seramai 13 orang.
 
Ujarnya, tangkapan dilakukan pasukan siasatan khas Bukit Aman.
 
"Ini menjadikan keseluruhan tangkapan setakat ini seramai 13 orang berusia antara 16 hingga 26 tahun," katanya.
 
Terdahulu, seramai enam individu sudah direman selama seminggu, bermula hari ini. 
 
Dalam kejadian pukul 7.30 malam itu, mangsa, Tan Aik Chai, 44, mati di tempat kejadian selepas ditikam, dilanggar dan digilis kereta BMW 520i dinaiki empat lelaki ketika berhenti mengisi angin keretanya di sebuah stesen minyak bersama-sama seorang wanita warga Vietnam.
 
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam reaksi awalnya memaklumkan, kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan dua kumpulan kongsi gelap.
 
Mayat mendiang disemadikan di Taman Peringatan Jelutong Funeral Parlour di Jalan Sungai Putat, Melaka, tengah hari tadi. 


Subscribe to receive free email updates: