Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam gempa bumi di Jawa kabarmalay3.blogspot.com

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Tiada rakyat Malaysia tercedera atau terkorban dalam bencana gempa bumi berukuran 7.3 pada skala Richter yang melanda selatan Kepulauan Jawa, Indonesia pada Jumaat.
 
Perkara itu disahkan Kementerian Luar  dalam satu kenyataan hari ini.
 
Gempa bumi itu dilaporkan berlaku pada 11.47 malam waktu tempatan.
 
Menurut kenyataan Wisma Putra, terdapat laporan kematian dan kecederaan membabitkan rakyat tempatan serta kerosakan akibat bencana itu.
 
Warga Malaysia yang terjejas susulan gempa bumi itu dan memerlukan bantuan konsular dinasihatkan berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.
 
Ia boleh dihubungi di talian +62 215 224 947 atau +62 813 808 130 36 (selepas waktu pejabat) atau e-mel kepada mwjakarta@kln.gov.my. 


Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :