PH tiada peluang menang di DUN Anak Bukit - PAS Kedah kabarmalay3.blogspot.com

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS Kedah berkata Pakatan Harapan (PH) tidak mampu menang di kerusi DUN Anak Bukit pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) seperti yang dimahukan Pengarah Pilihan Raya PH negeri Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi.
 
Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah Muhammad Sanusi Md Nor mempersoalkan bagaimana Phahrolrazi boleh menang sedangkan kejayaannya sebelum ini disebabkan mendapat undi ahli PAS?
 
Phahrolrazi sebelum ini keluar PAS dan menyertai Amanah, pimpinan Mohamad Sabu.
 
"Yang menang di Anak Bukit itu (parti) PAS, macam mana orang itu (Phahrolrazi) dah tukar parti lain pun jadi menang kepada dia? Orang yang mengundi undi PAS.
 
"Kalau PH tak dapat undi orang PAS macam mana nak menang? Kalau nak undi akan hilang daripada Phahrolrazi, Phahrolrazi kalau bertanding atas PH dia akan tewas," katanya kepada Antarapos.
 
Terdahulu Phahrolrazi berkata kerusi DUN Anak Bukit yang menjadi milik PAS sebelum ini, akan menjadi milik PH pada PRU14 nanti. 
 
Beliau berkata dalam pertandingan yang diramal tiga penjuru, PH mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi kerusi berkenaan ekoran senario politik terkini yang mana dakwanya sokongan pengundi lebih menjurus kepada gabungan itu.     
 
Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata saingan di kerusi berkenaan hanya PAS dan Barisan Nasional (BN) sementara parti lain hanya 'kacau daun'.
 
"Kalau pengundi nak PAS kekal maka DUN Anak Bukit akan kekal dan KUbang Rotan pun PAS akan kekal...PAS akan bertanding dan PAS akan menang.
 
"Tiada (peluang PH menang), kalau aku nak pun PH tiada peluang dan (saingan) PAS dengan BN tapi yang lain itu kacau daun sahaja," katanya.
 
 

Subscribe to receive free email updates: