Prihatin dengan kesusahan rakyat akibat dari kenaikan harga minyak sebanyak 7 sen, Tun Mahathir hari ini menawarkan untuk kerajaan menarik balik semua kemudahan yang diberikan kepada beliau sebagai bekas Perdana Menteri tapi perlulah memastikan harga minyak diturunkan, kata pembantu terdekatnya.
Dianggarkan kerajaan membelanjakan lebih RM 30 juta setahun sebagai peruntukan untuk Tun Mahathir. Ini termasuklah untuk membayar gaji 21 kakitangan, bayaran berkaitan Yayasan Kepimpinan Perdana (YPK), bayaran bulanan rumah di Sri Kembangan, kemudahan pesawat, kesihatan dan sebagainya.
Blog ini difahamkan, sekurang-kurangnya 3 orang doktor pakar pelbagai disiplin, ditugaskan untuk menjaga kesihatan Tun Mahathir pada sepanjang masa.
Tun Mahathir sanggup kehilangan semua ini demi memastikan rakyat tidak terbeban dengan kenaikan harga minyak.
Difahamkan, Tun juga sedang berbincang dengan anaknya, Mirzan Mahathir yang memiliki stesen Petron di negara ini, bagaimana cara untuk terus membantu rakyat dalam menghadapi kenaikan mendadak harga minyak ini.
Itulah dia Tun Mahathir, tidak ada hari dimana beliau lupa kepada rakyatnya.