Mohd Haizal Yatiran

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini membidas kenyataan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy yang percaya hubungan negara India dan Malaysia tergugat sekiranya negara ini terus ‘melindungi’ pendakwah kontroversi, Dr. Zakir Naik.
Dalam satu kenyataan hari ini, Pengerusi Hal Ehwal Islam PERKASA, Dr. Amini Amir Abdullah berkata, kenyataan Ramasamy itu bersifat biadap.
Ia dilihat senada dengan kenyataan-kenyataan berbentuk serangan daripada aktivis peguam, Siti Kassim dan pertubuhan Hindraf, yang mahu Zakir ditangkap.
“PERKASA mengesyaki Ramasamy bersengkongkol dengan Hindraf untuk melakukan satu tindakan agresif bagi memburuk-burukkan imej Dr. Zakir dan menyingkirkan beliau dari Malaysia,” katanya.
Justeru, PERKASA menggesa kepada Ramasamy untuk membuat persiapan balik ke India sekiranya beliau masih percaya dengan segala bentuk serangan terhadap Zakir Naik, meskipun ianya hanya fitnah semata-mata bagi memburukkan imej pendakwah itu.
“Kenyataan beliau mempunyai sikap prejudis dan prasangka melampau terhadap Dr. Zakir kononnya beliau adalah penjenayah sedangkan kerajaaan India membuat tuduhan melulu terhadap Dr. Zakir dan berulang kali telah dinafikan oleh beliau sendiri.
“Eloklah jika Ramasamy bersiap untuk balik ke India jika beliau masih percaya dengan fitnah tersebut dan usah beliau tinggal di Malaysia kerana kerajaan Malaysia tidak pernah menuduh Zakir sebagai penjenayah.”
PERKASA turut menggesa Ramasamy supaya mendedahkan bukti aktiviti keganasan Zakir kerana wakil rakyat DAP itu mendakwa penglibatan pendakwah Islam itu dalam aktiviti keganasan.
“PERKASA percaya Dr. Zakir dituduh sedemikian atas dasar iri hati dan cemburu terhadap dirinya yang berkaliber dan berjaya dalam menyebarkan dakwah islamiah dengan berkesan.
“Sebab itu PERKASA memberi amaran keras dan membantah sekeras-kerasnya sebarang usaha yang dilakukan oleh Ramasamy DAP, pihak India MIC, Tamilar Kural, Hindraf dan pihak yang bersengkongkol dengan mereka ini untuk mengganggu hak dan keistimewaan yang diperoleh oleh Dr. Zakir daripada kerajaan Malaysia,” ujarnya. – MalaysiaGazette
Related Posts :
KDN sahkan pengharaman buku Zaid dan 20 lain kabarmalay3.blogspot.com
Bernama
Menurut ketua setiausaha KDN, semua penerbitan itu boleh memudaratkan atau mengelirukan pembaca terutamanya generasi … Read More...
PRU 14 : PKR Beri Laluan PPBM & Amanah Lawan PAS kabarmalay3.blogspot.comAIDCNews
PKR dilaporkan telah memberi laluan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (Amanah) un… Read More...
PPBM : Anwar Bukan Keutamaan Pakatan Harapan kabarmalay3.blogspot.com
… Read More...
[MENAKUTKAN UMNO] video TS Muhyiddin umum Tun M calon PM kabarmalay3.blogspot.com
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan calon perdana menteri pilihan parti mereka iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad ketika me… Read More...
Kit Siang Disaran Tidak Tanding PRU14 Atas Faktor Kesihatan December 29, 2017 AIDCNews1 Comment SHAH ALAM: Veteran DAP, Lim Kit Siang perlu mempertimbangkan hasratnya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang lebih-lebih lagi atas faktor usia dan kesihatan, susulan pembedahan penyakit kanser yang dihidapinya. Menurut Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, Kit Siang patut memberi peluang kepada pemimpin lain yang lebih muda dan bertenaga, selain faktor dirinya sendiri sudah terlibat dalam politik lebih daripada separuh abad. “Beliau pun sudah lama dalam politik, dan bagi saya (beliau) dah tidak relevan. Sepatutnya ditampilkan lebih ramai generasi baru. Tapi sesetengah orang memang susah sikit nak berhenti. “Saya rasa inilah masa untuk berehat, dengan keadaan tak berapa sihat. Bukan Kit Siang saja, mana-mana pemimpin yang sudah tak berapa sihat sangat, tak payahlah,” katanya kepada Antarapos. Ahli Parlimen Gelang Patah itu pada 19 Disember lalu menjalani pembedahan membuang tumor kecil pada buah pinggang kirinya. Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, bapanya menjalani prosedur ‘laparoscopic partial nephrectomy’ untuk membuang tumor yang dikesan ketika pemimpin veteran itu melakukan pemeriksaan kesihatan berkala. Kit Siang, 76, sebelum ini tidak menolak untuk bersara selepas berkecimpung dalam arena politik selama 51 tahun. Beliau juga pernah membayangkan bahawa PRU14 berkemungkinan menjadi medan pilihan raya terakhir untuknya. Beberapa pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) pernah mengkritik Kit Siang kerana pemimpin itu kekal menerajui DAP dalam tempoh yang lama, seolah-olah menampakkannya seorang diktator kepada partinya sendiri. “Dalam konteks ini, untuk menolak beliau ketepi mungkin dirasakan tidak sesuai. Tapi bagi saya elok beri kepada pemimpin muda yang lebih bertenaga. Beliau boleh ‘guide’ dari jauh, tak perlu bertanding lagi dan sebagainya. “Namun bagi pandangan orang politik, dia tak boleh tinggalkan legasinya begitu saja sebagainya. Ada perkara yang belum dicapai, dia mahu capai dahulu. Itu yang menyebabkan mereka susah sikit nak berhenti,” kata Mohd Azizuddin –AP kabarmalay3.blogspot.comAIDCNews
SHAH ALAM: Veteran DAP, Lim Kit Siang perlu mempertimbangkan hasratnya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU… Read More...