Umno tak setuju tindakan Jamal kabarmalay3.blogspot.com

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Umno tidak menyokong tindakan Datuk Seri Jamal Yunos yang memecahkan botol minuman keras di pintu pagar utama bangunan pentadbiran Kerajaan Selangor, semalam.
 
“Kita tidak menyokong apa yang dia lakukan,” kata Zahid yang merupakan Naib Presiden Umno dan juga pemangku Timbalan Presiden.  
 
Zahid berkata Umno mempunyai 191 ketua bahagian dan tindakan Jamal tidak mewakili keseluruhan pimpinan.
 
Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 pagi semalam, sekumpulan lelaki 25 orang diketuai Jamal mengadakan sidang media membantah penganjuran 'The Better Beer Festival 2017' di hadapan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam.
 
Kumpulan itu turut membawa kira-kira 10 kotak berisi bir dan memecahkan semua botol berkenaan menggunakan sebatang penukul simen di hadapan pintu pagar utama bangunan itu sebagai simbolik bantahan penganjuran pesta berkenaan.
 
Susulan itu, lewat malam tadi, polis menahan Jamal dan tujuh lagi lelaki lain selepas menerima aduan daripada pengawal keselamatan di Bangunan SUK.
 
Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan iaitu menyertai perhimpunan haram dan juga Seksyen 268 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kemudaratan awam.
 
Perintah reman tehadap Jamal dijangka akan dikeluarkan oleh Mahkamah Shah Alam, hari ini.
 
 

Subscribe to receive free email updates: