OLEH: Ab Jalil Backer
Awang Selamat (Utusan) hari ini memberi gambaran yang salah mengenai agenda anti-korupsi.
Utusan memberi gambaran seolah-olah adalah “tidak mengapa” kamu berbuat salah, asalkan kamu bersedia menangkap beberapa orang yang didakwa melakukan kesalahan rasuah; dan melakukan “persembahan media” yang “grandiose”.
Ia bukan soal tuduhan dan gosip liar, ini bukti bergambar dan video. Justeru Utusan sepatutnya menggesa siasatan telus untuk pastikan video tersebut palsu atau tidak, bukan membuat dakwaan ini agenda musuh yang takut kesalahan rasuah mereka terbongkar.
Apakah Awang Selamat mahu beritahu sebelum ini SPRM tidak berbuat apa-apa dan hanya di bawah Zulkifli sahaja SPRM baru mahu bertindak?
Kita boleh faham jika masyarakat mempunyai ingatan yang singkat, namun untuk pengarang kanan sebuah akhbar meletakkan diri dalam posisi sedemikian sangat melucukan dan memalukan.
Dulu Utusan juga memuji Ghani Patail kerana mendakwa bekas Menteri Besar,bekas Menteri Pengangkutan dan bekas Menteri Tanah walaupun fakta kes cap ayam sahaja.
Namun akhirnya Ghani diganti oleh orang lain secara mengejut. Jika tiada salah laku kenapa dikeluarkan beliau.
Justeru siapa pun mereka dan apa jasa mereka ia tidak seharusnya menutup kesalahan mereka.
Yang perlu dipertahankan ialah integriti SPRM bukan integriti individu.
Jika benar ada video dan bukti yang lebih besar ini akan mendedahkan KP SPRM kepada ugutan dan pilih kasih.
Apakah ini bukan sebahagian “game” mereka yang memiliki video untuk menguasai KP SPRM ini di belakang tabir?