BN akan berbuat apa sahaja untuk menang dalam pilihanraya. 13 kali pru sebelum ini, pembangkang atas nama apa pun akhirnya kalah dengan strategi dan penipuan BN.
Paling utama adalah sokongan rakyat yang menjadi pengundi. Isu yang banyak, belum menjamin kemenangan. Reformasi yang dipimpin DS Anwar, PRU 1999, BN, masih menang lagi dengan majoriti 2/3 di Parlimen.
Sejujurnya, BN masih kuasai pengundi Luar Bandar. Felda, kampung tradisi, nelayan, penoreh getah dan Felcra; yang sebahagian besarnya orang melayu adalah benteng terakhir BN.
Sejauh mana kubu BN ini akan berubah menjadi ' kubur' pada Pru 14?
Dalam konteks demokrasi, kita tidak boleh syok sendiri dengan kekuatan penyokong sendiri, meskipun boleh himpunkan ratusan ribu orang. Ia suatu motivasi untuk merangsang ahli dan penyokong semata mata.
Namun akhirnya, mana2 parti yang mendapat sokongan majoriti, merekalah yang menang dan beroleh mandat pemerintahan.
Justeru, iktibarnya, jika PH mahu mengalahkan BN dan memerintah negara ini, menawan pengundi luar bandar sangat penting!
Simpanan tetap BN di Felda sahaja ada 54 parlimen, belum lagi di ceruk luar bandar lain.
Ia cabaran paling getir buat PH.
Jika gelombang perubahan sampai ke akar umbi masyarakat luar bandar,...
Sayonara buat BN!