ANTARAPOS
KUALA LUMPUR: Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Selangor hari ini melancarkan petisyen untuk membantah menganjurkan pesta arak di Malaysia.
Dalam satu kenyataan hari ini mereka berkata petisyen yang dinamakan 'Hapus Budaya Pesta Arak di Malaysia!' bertujuan mengumpulkan sokongan dari rakyat Malaysia untuk menolak festival penganjur arak di kawasan awam di negara ini.
Petisyen itu dikatakan mendapat kira-kira 12,500 tandatangan setakat ini.
Tegas mereka dalam kenyataan itu juga, budaya mengadakan pesta arak di tempat-tempat awam seperti pusat membeli-belah bukan amalan biasa di negara ini.
Sebagai contoh, ia berkata pesta arak seperti Oktoberfest tidak mempunyai signifikan kerana budaya yang berasal dari Jerman itu bertujuan memperingati perkahwinan diraja antara Putera Ludwig dan Puteri Therese pada 12 Oktober 1810.
"Oktoberfest bukanlah amalan mana-mana kaum di Malaysia dan tidak berkaitan dengan agama apa pun. Tidak ada sebab untuk meraikannya," katanya.
Bagaimanapun mereka menegaskan petisyen itu bukan untuk menentang hak bukan Islam mengambil minumab beralkohol.
"Apa yang kita tolak adalah budaya menganjurkan pesta arak di kawasan awam. Kami tidak menghalang orang bukan Islam daripada mengambil dan menjual alkohol.
"Kami tidak mahu budaya ini (menganjurkan pesta arak) untuk membuka laluan kepada aktiviti lain yang tidak dapat diterima seperti pesta gay dan perkahwinan sejenis," katanya lagi
Related Posts :
PKR Selangor tak maklum kenyataan bersama sokong Dr M dicalon PM kabarmalay3.blogspot.com
Khairil Ashraf
Timbalan Pengerusi Zuraida Kamaruddin berkata pengerusinya, Azmin Ali, juga tidak tahu tentang kenyataan bersa… Read More...
Zaman Najib lebih baik daripada Mahathir kabarmalay3.blogspot.com
… Read More...
PH ketandusan pemimpin masa depan negara – Shahrizat kabarmalay3.blogspot.com
… Read More...
kabarmalay3.blogspot.comAS yakin persempadanan semula untuk menangkan BN akan makan diri
Ho Kit Yen
| January 12, 2018
Pengerusi PAS Kuala Langat dan wakil … Read More...
Anggota polis antara enam ditahan, dadah bernilai RM721,000 dirampas Astro Awani | Diterbitkan pada Januari 12, 2018 16:25 MYT Facebook Twitter Email Google whatsapp icon Anggota polis antara enam ditahan, dadah bernilai RM721,000 dirampas MOHMAD (tengah) menunjukkan bungkusan dipercayai mengandungi dadah pada sidang media di sini hari ini. - Gambar Bernama KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal dan seorang wanita merupakan antara lapan individu yang ditahan dipercayai dalang sindiket pengedaran dadah sekitar ibu negara dan Johor Bahru. Kesemua suspek yang berusia 32 hingga 58 tahun itu ditahan dalam enam serbuan berasingan pada Rabu dan Khamis lepas. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Datuk Seri Mohmad Salleh berkata dalam serbuan Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (Sting) Bukit Aman itu merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM721,000. Menurutnya, dalam serbuan pertama di sebuah kondominium di Bandar Baru Sri Petaling, pasukan polis menahan sepasang kekasih dipercayai dalang utama sindiket itu. Kata beliau, dalam serbuan itu kita berjaya merampas 10.3 kilogram dadah jenis syabu dan 37 biji pil ekstasi. “Siasatan awal mendapati, pasangan kekasih ini mempunyai rekod lampau atas kesalahan dadah dan positif dadah jenis methamphetamine,” katanya pada sidang media di sini pada Jumaat. Tambah Mohmad, serbuan kedua dijalankan di Jalan Perdana, Pandan Perdana menahan tiga lelaki dan merampas 21 gram dadah jenis ketamin, 79 gram ganja, 11.5 gram syabu, 10 biji eramin serta tujuh ekstasi. Manakala katanya, serbuan yang ketiga pula di sebuah premis taman Setiawangsa di mana seorang suspek lelaki serta serbuan keempat dilakukan pasukan Sting di Setapak dan operasi terakhir dibuat di Muar, Johor. “Hasil rampasan dadah ini boleh digunakan kira-kira 51,810 penagih. Siasatan awal mendapati, sindiket itu mengedar dadah jenis syabu, ketamin, ganja, eramin 5 dan ekstasi,” katanya. Tambah Mohmad, turut ditemui 50 biji peluru hidup jenis 9mm. dan jumlah sitaan ke atas semua lokasi berjumlah RM2.73 juta. Ujarnya, pihaknya turut merampas pelbagai wang tunai bernilai RM2.1 juta, lapan kereta, lima utas jam tangan berjenama dan pelbagai jenis barang kemas dengan nilai keseluruhan sitaan RM2.73 juta. Kesemua suspek kini direman tujuh hari dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. kabarmalay3.blogspot.com
Astro Awani
MOHMAD (tengah) menunjukkan bungkusan dipercayai mengandungi dadah pada sidang media di sini hari ini. - Gambar Bernama
… Read More...