KUALA LUMPUR: Tindakan pelajar Sekolah Kebangsaan Presint 14 di Putrajaya mengibarkan bendera dan menyanyikan lagu Umno pada awal bulan lalu tidak dipengaruhi faktor politik, sebaliknya ia bertujuan memupuk semangat patriotisme, kata Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Setiausaha agung Umno itu mengakui amalan berkenaan dimulakan sejak 10 tahun lalu di sekolah terbabit dalam usaha menerap rasa kekitaan atau “sense of belonging” pelajar kepada Umno.
“Saya lakukan itu sejak 10 tahun lalu. Saya cuba terapkan ‘sense of belonging’.
“Sejarah Malaysia katakan Umno, MCA dan MIC yang merdekakan negara. Apa masalahnya pelajar nak kibarkan bendera,” katanya selepas berucap dalam Rumah Terbuka Deepavali Wilayah Persekutuan di bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, hari ini.
Menteri wilayah persekutuan itu terkejut apabila pelajar sekolah rendah berkenaan pandai menyanyikan lagu Umno.
“Ramai yang sudah lupa, ini bukan elemen politik tapi semangat patriotisme,” kata ahli Parlimen Putrajaya itu.
Malaysiakini sebelum ini melaporkan pelajar di sekolah itu menyanyikan lagu Umno ketika menyambut ketibaan Tengku Adnan dan mengibarkan bendera parti Melayu itu di dewan sekolah mereka. #sumber
Related Posts :
OKU kecewa Menteri PELAHAP LGBT berbanding Bantu OKU kabarmalay3.blogspot.com
Aku honestly tak paham la apa LGBT nak tuntut hak.
Kitorang yang OKU ni pun sampai sekarang takde hak. Hak nak bergerak pun susah. Keraja… Read More...
Pasangan lesbian didenda, disebat (Boleh Mengadu Kat Marina Mahathir tak? ) kabarmalay3.blogspot.com
KUALA TERENGGANU - Sepasang kekasih 'songsang' dihukum denda RM3,300 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, hari ini, … Read More...
#Solidarity4DrIlyani: Jom tanda tangan petisyen solidariti bersama Dr Ilyani kabarmalay3.blogspot.com
JOM LAWAN PAKATAN LGBT NEGARA
30 Zulkaedah 1439H, Ahad– Satu petisyen sebagai tanda solidariti kepada Dr Nur Ilyani Mohamed Nawawi, selep… Read More...
#Solidarity4DrIlyani : Pas bersama Solidariti sokong Dr Ilyani, KKM jangan ambil tatatertib kabarmalay3.blogspot.com
Semasa jadi pembangkang, PH melaungkan kebebasan bersuara, malah memaki BN kerana menwujudkan ketakutan kepada penjawat awam. TETAPI setel… Read More...
(PH TAK LAMA, SEDANG BERGOLAK) Anwar mula persoal Mahathir kabarmalay3.blogspot.com
ANWAR SUDAH MULAI PERSOAL MAHATHIR
Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan pendirian parti beliau yang membuat keputusan S… Read More...