Oleh Shuhaniza Said
KUALA LUMPUR: Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad akan bertanding di Parlimen Johor Bahru, hanya sekiranya abang beliau Tan Sri Shahrir Samad tidak mempertahankan kerusi berkenaan.
Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, beliau mengelakkan pertembungan bersama Shahrir kerana berpandangan ‘tidak manis’ untuk adik-beradik saling berebut kerusi yang sama.
“Hanya yang malangnya bagi saya ialah abang saya tunda rancangannya untuk bersara. Kalau dia bersara, dan dengan izin dan persetujuan PKR, saya sanggup turun bertanding di Johor Bahru.
“Tapi oleh kerana dia akan bertanding, kerana dia abang, saya tak mahu terlibat dalam satu keadaan di mana saya bertanding dengan abang saya.
“Maka rancangan saya untuk mencipta sejarah menangkan Johor Bahru supaya Johor jatuh (ke tangan PH), saya terpaksa pertimbangkan kembali,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat Amanah di sini hari ini.
Related Posts :
INI SYARIKAT KRONI SIAPA? BETULKAH SEMUA DALAM SYARIKAT MENGURUSKAN UMRAH INI BERAGAMA ISLAM? kabarmalay3.blogspot.comshahbudindotcom
Berikutan rungutan serta kecaman pelbagai pihak mengenai perlaksanaan Sistem Pemantauan Pengendalian Pakej Umrah Malaysia … Read More...
Gali kubur dan batu nisan saja belum kena GST kabarmalay3.blogspot.comMALAYSIA DATELINE
Bekas Setiausaha Umno Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin hari ini berkata, barangan dan urusan yang berkaitan agam… Read More...
Status Baitulmaqdis kekal - PBB kabarmalay3.blogspot.comANTARAPOS
NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mempertimbangkan resolusi draf mendapati … Read More...
Speaker: Adakah Noh ‘beri arahan’ kepada SPRM? kabarmalay3.blogspot.comOLEH NAZLI IBRAHIM
SHAH ALAM: Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula kertas siasatan pembahagian lot tana… Read More...
Sultan Selangor: JAKIM perlu patuh dasar MAIS SELANGOR December 13, 2017 4:00 pm 90 OLEH SHEEDA FATHIL KLANG, 13 DIS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan pegawai Persekutuan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang berkhidmat di negeri itu, supaya patuh dengan dasar dan garis panduan ditetapkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Sultan Sharafuddin bertitah, pegawai JAKIM perlu memberi ketaatan dan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada baginda selaku Ketua Agama Islam, di Selangor sepanjang tempoh berkhidmat walaupun menerima gaji dan elaun daripada Kerajaan Persekutuan. Baginda turut bertitah semua perkara berkaitan hal ehwal Agama Islam negeri terletak sepenuhnya, di bawah kuasa pertimbangan baginda. “Beta ingin mengingatkan JAKIM yang bertindak sebagai badan agama di peringkat Persekutuan hanya berfungsi selaku agensi pusat yang berperanan menyelaras perkara berkaitan agama Islam antara negeri, di Malaysia. “Setiap satu dasar berkaitan agama Islam daripada JAKIM sebagai contohnya isu persijilan halal, zakat, pemakaian sesuatu fatwa, wakaf dan sebagainya yang ingin dilaksanakan di negeri ini perlu merujuk kepada MAIS terlebih dahulu. “MAIS sebagai badan penasihat agama Islam kepada Beta sebelum perkara ini diangkat untuk dilulus dan dilaksanakan,” titah baginda. Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan Anggota MAIS bagi sesi 2018-2020 dan Majlis Santapan Tengah Hari Bersama Imam Masjid-masjid Seluruh Negeri Selangor, di Istana Alam Shah, Klang, hari ini. Pada majlis sama, baginda turut berkenan menerima wakaf RM5 juta daripada Kerajaan Negeri bagi pembinaan Masjid Denai Alam, Shah Alam. Selain itu, Kerajaan Negeri dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) turut memberi tanah wakaf seluas 10 ekar bernilai RM74 juta khas bagi pembinaan Maahad Integrasi Tahfiz Sains Selangor. kabarmalay3.blogspot.comOLEH SHEEDA FATHIL
KLANG: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan pegawai Persekutuan Jab… Read More...