Kerajaan negeri siasat gelaran 'Datuk' diguna Boy Iman kabarmalay3.blogspot.com

PENGARAH Urusan DBI Properties, Datuk Nuruliman A Rahman atau dikenali Boy Iman. - Foto Shiraz
PEKAN: Kerajaan negeri sedang menyiasat status penganugerahan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang digunakan Pengarah Urusan DBI Properties, Datuk Nuruliman A Rahman atau dikenali Boy Iman.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata, pihaknya kini sedang membuat semakan sama ada penama itu menerima atau tidak penganugerahan darjah atau pingat kebesaran dari istana Pahang.
"Semua dalam siasatan, saya tidak pasti. Tindakan boleh diambil jika menggunakan gelaran Datuk tanpa pertauliahan.
"Jika benar gelaran berkenaan diterima, setiap penerima perlu menjaga etika dan kemuliaannya supaya institusi istana terpelihara," katanya ketika diminta mengulas mengenai gelaran Datuk membabitkan Boy Iman.
Beliau ditemui pada Perbarisan Perasmian Latihan Kem Tahunan 2017 Rejimen 505 Askar Wataniah, Sungai Miang, di sini, hari ini.
Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah turut berangkat mencemar duli ke majlis itu.
Boy Iman bersama dua lagi suspek utama ditahan di Ampang dan Setapak, Kuala Lumpur, dua hari lalu bagi membantu siasatan berhubung penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya menerima 188 laporan polis berkaitan penipuan jualan rumah ditawarkan Syarikat DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources. - BH

Subscribe to receive free email updates: