MALAYASIAKINI
PARLIMEN I Seorang anggota parlimen DAP hari ini mempersoalkan jawatan dalam Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) apabila pengurusan kanannya kebanyakannya terdiri daripada bekas wakil dari Malaysia Airlines (MAS) dan Khazanah Nasional Bhd.
Julian Tan Kok Ping (DAP-Stampin) berkata demikian ketika mengulas Rang Undang-Undang Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pindaan) semasa bacaan kali kedua di parlimen hari ini.
Beliau mempersoalkan bagaimana ketua pegawai operasi Mavcom, Azmir Zain adalah juga bekas pengarah pelaburan di Khazanah, manakala pengarah Mavcom, Germal Singh Khera pernah menjadi naib presiden kanan (hal ehwal antarabangsa) dengan MAS.
Pengarah urusan Mavcom, Pushpalatha Subramaniam pula adalah bekas naib presiden kanan urusan pengguna MAS, sementara pengarah ekonomi suruhanjaya itu, Wan Khatina Nawawi adalah bekas pengarah penyelidikan Khazanah.
"Semua pengurusan kanan dari Mavcom adalah dari MAS. Bagaimana semua pengurusan kanan Mavcom adalah dari MAS ketika peranan mereka mengawasi seluruh industri penerbangan di Malaysia?" Soal Tan menunjukkan terdapat konflik kepentingan yang jelas.
"Kepercayaan yang kami berikan kepada Mavcom sekarang ... adakah boleh dipercayai?"
Mengulas mengenai beberapa laluan udara yang dikatakan telah dibatalkan, Tan (gambar) juga tertanya-tanya sama ada Mavcom melindungi MAS dalam perkara itu.