CEC: DAP kena pilih tarikh baru kabarmalay3.blogspot.com

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP tidak dapat diadakan pada 10 September lalu kerana Pendaftar Pertubuhan (ROS) lewat memberi maklum balas kepada tarikh dicadangkan.
 
Naib Pengerusinya Teresa Kok memaklumkan, susulan kegagalan itu DAP perlu mencadangkan tarikh lain untuk pemilihan semula CEC kepada ROS.
 
"Tarikh itu (10 September) sudah tidak ada lagi kerana ROS lewat balas (surat). Kita tunggulah, akan ada pengumuman (cadangan tarikh baharu pemilihan semula)," katanya seperti yang dilaporkan BH Online.
 
Tarikh itu dicadangkan pada sesi pertemuan di antara Teresa dan Setiausaha Organisasi Kebangsaannya, Anthony Loke dengan Ketua Pengarah ROS, Datuk Mohammad Razin Abdullah di Putrajaya pada 21 Ogos lalu.
 
Ditanya bila jangkaan pengumuman itu, Ahli Parlimen Seputeh itu berkata, ia perlu diadakan dalam masa terdekat.
 
Sebelum ini akhbar melaporkan akar umbi DAP mendesak pemimpin parti itu mengadakan segera proses pemilihan semula CEC.
 
Setiausaha DAP Cawangan Taman Bukit Mas di Seremban, S Vijayan dilaporkan berkata, pemimpin DAP perlu memberi alasan kukuh kerana pemilihan semula perlu disegerakan supaya logo parti boleh digunakan pada pilihan raya umum akan datang.
 
 

Subscribe to receive free email updates: