Anggota tentera meninggal dunia selepas muntah darah kabarmalay3.blogspot.com

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
TAIPING: Seorang anggota tentera ditemui meninggal dunia di dalam keretanya, dipercayai selepas muntah darah, di Jalan Tee Hoi, dalam satu kejadian pada 4.10 malam semalam.
 
Orang awam menemui mayat Koperal Razid Ruhiman, 32 yang berasal dari Tambunan, Sabah, dalam keadaan tidak sedarkan diri, sebelum mereka segera menghubungi polis.
 
Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah berkata hasil siasatan polis mendapati tompokan darah di bahagian mulut mangsa dan di hadapan kereta berkenaan.
 
"Anggota tentera terbabit bertugas di Batalion Ke-9 Rejimen Renjer Diraja, Kem Town Barrack, Taiping.
 
"Mayatnya dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat dan mengikut maklumat daripadarakan sekerjanya, anggota tentera terbabit dikatakan pernah mengalami sakit Tibi," katanya memetik laporan Harian Metro.
 
Bedah siasat terhadap mangsa mendapati punca kematiannya berpunca dari pendarahan dalam perut dan tidak menunjukkan unsur jenayah.
 
Polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut.
 
 

Subscribe to receive free email updates: