Operasi menyelamat sedang dijalankan selepas kejadian tanah runtuh menyebabkan kira-kira 20 orang terperangkap di tapak pembinaan di Tanjung Bungah.
GEORGE TOWN: Operasi menyelamat sedang dijalankan selepas kejadian tanah runtuh menyebabkan kira-kira 20 orang terperangkap di tapak pembinaan di Tanjung Bungah di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.50 pagi itu, cerun bukit 10m di sebelah tapak pembinaan tidak jauh dari kampus Kolej Tunku Abdul Rahman Pulau Pinang, runtuh.
Pegawai penyelamat sedang terlibat dalam kerja-kerja menyelamatkan mereka yang terperangkap dalam runtuhan dan lumpur.
Sehingga 10.45 pagi tadi, menurut pegawai pasukan penyelamat, 2 mangsa, dipercayai pekerja asing, berjaya diselamatkan
Anggota Paramedik Hospital Pakar dan pasukan Pertahanan Awam berada di lokasi untuk membantu mangsa.
Seorang pekerja yang melihat runtuhan memberitahu NST bahawa “ia berlaku begitu cepat … tidak ada masa untuk melakukan apa-apa.”