ANTARAPOS.COM
SHAH ALAM: Polis sudah melengkapkan siasatan berhubung kes letupan mercun pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 antara Malaysia dan Thailand di Stadium Shah Alam, 4 hari lepas.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, DCP Shafien Mamat berkata, kertas siasatan dijangka diserahkan kepada pejabat timbalan pendakwa raya minggu depan untuk tindakan lanjut.
Semalam, polis membebaskan pelajar lelaki berusia 16 tahun yang ditahan susulan kejadian itu, selepas polis selesai mengambil keterangannya.
Kelmarin, Bernama melaporkan polis menahan remaja itu ketika dia sedang beratur untuk keluar dari stadium selepas perlawanan yang menyaksikan Thailand mempertahankan pingat emas dimenangi mereka 2 tahun lalu di Singapura.
Polis menemui 40 biji mercun belum digunakan di rumah suspek di Klang, keesokannya.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 7 tahun dan denda sehingga RM10,000 jika sabit kesalahan.
Related Posts :
Penduduk Lihat Benda seperti Pesawat Lion Air JT-610 di Lautan kabarmalay3.blogspot.comPenduduk Lihat Benda seperti Pesawat Lion Air JT-610 di Lautan
Warga sekitar perairan Tanjung Karawang, Jawa Barat, mengakui melihat… Read More...
Wei Gegarvaganza !!,,,bagi Tok Ram dengar ni ... Peminat kongsi video, bukti kemampuan alunan suara Zamani kabarmalay3.blogspot.com
… Read More...
(TEPUK AMAI-AMAI) Ringgit cecah terendah 11 bulan hari ini kabarmalay3.blogspot.com
KUALA LUMPUR: Ringgit terus susut untuk hari dagangan ke lapan, mencecah paras terendah 11 bulan berikutan dolar Amerika Syarikat (AS) ya… Read More...
Jika UMNO DIHARAMKAN, bukan ROS, Salah Kita Juga-Zahid Hamidi kabarmalay3.blogspot.com
JANDA BAIK: Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak menolak kemungkinan Umno bakal diharamkan di negara ini.
Namun kat… Read More...
Angkat martabat "Kedaulatan Melayu" - Sultan Johor (Syed Saddiq Tak Mahu Komen Ke?) kabarmalay3.blogspot.com
JOHOR BAHARU: Ketuanan Melayu lebih sesuai disebut "kedaulatan Melayu" kerana ia mencakupi kedudukan Raja-raja Melayu dan rakyatnya dan b… Read More...