Menteri Rahman Dahlan menghadap Sultan Ibrahim untuk menerangkan laluan keretapi sepanjang 4km antara Johor Bahru dan Singapura.
KUALA LUMPUR: Putrajaya akan mengkaji laluan keretapi alternatif Sistem Transit Rapid (RTS) yang menghubungkan Bukit Chagar, Johor Bahru dan Woodlands, Singapura atas cadangan Sultan Johor.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Rahman Dahlan menghadap Sultan Ibrahim Sultan Iskandar minggu lepas untuk menerangkan projek itu.
“Kita ambil idea Sultan Johor dan mahu tambahbaik jajaran itu…Sultan Johor cadangkan jajaran alternatif yang kita akan kaji,” katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menandatangani memorandum persefahaman antara Prasarana Malaysia Berhad dan SMRT Corporation Ltd (SMRT Corp).
Sultan Ibrahim dalam temubual eksklusif dengan kumpulan New Straits Times Press bulan lepas mengalu-alukan projek itu tetapi tidak bersetuju dengan bentuk melengkung laluan itu, dan rancangan membina bahagian tengah jambatan setinggi 30m.
Ketinggian itu akan menjejaskan pemandangan bandar itu di sepanjang Selat Johor.
Ditanya mengenai jambatan itu, Rahman berkata ada beberapa rekaan alternatif seperti jambatan tinggi, jambatan rendah, jambatan serong atau selari dengan jalan pantai. Rekaan itu akan dibincangkan dengan rakan sejawat di Singapura.
Kos laluan kereta api 4km
Rahman berkata kos laluan kereta api 4km itu belum dimuktamadkan dan bergantung kepada keputusan akhir mengenai rangkaian trek. Pembinaannya dijangka bermula 2019 selepas Putrajaya mengadakan tender terbuka untuk pembinaan di Malaysia.
Di pihak Johor, beliau berkata Putrajaya pertimbangkan untuk membina sebuah stesen di Bukit Cagar membabitkan beberapa laluan berbeza, dan butiran lanjut akan diberitahu selepas perjanjian dua hala ditandatangani Disember ini.
Ditanya mengenai pihak yang akan menerajui usahasama projek Malaysia-Singapura itu, Rahman berkata usahasama projek itu tidak akan dilakukan secara 50-50.
“Kedua-dua negara bersetuju dan mengakui satu negara akan memiliki majoriti yang lebih sedikit supaya dari segi mengerakkan projek ke hadapan lebih mudah untuk membuat keputusan.”
Beliau menambah dari segi struktur, Malaysia-Singapura mungkin akan berdepan masalah lain dalam proses membuat keputusan. “Tetapi kita tidak jangka akan berdepan masalah besar kerana Prasarana dan SMRT adalah pakar, bukan sahaja syarikat tetapi juga pengerusi dan ketua pegawai eksekutif.”
“Di peringkat kementerian jika ada isu yang tidak dapat diselesaikan di peringkat saya, perdana menteri kita sendiri akan selesaikan masalah itu.”
Ditanya mengenai Ahli Parlimen Rafizi Ramli yang mendakwa Prasarana mempunyai hutang RM18 bilion pada 2015 dan dijangka meningkat pada 2016 dan apa rancangan syarikat itu untuk membiayai projek itu, Pengerusi Kumpulan Prasarana Datuk Seri Azmi Abdul Aziz berkata kerajaan akan mengeluarkan jaminan kepada mereka untuk mengutip dana dari pasaran.
Beliau menambah Prasarana sedang menjalani transformasi dan “apa yang penting ialah membina pengangkutan awam dan prasarana dengan cepat supaya ia boleh mengurangkan kesesakan dalam bandar.”
Related Posts :
'Saya terdengar isteri sedang lakukan hubungan s3ks dengan anak saya' - Instafamous curang dengan anak tiri kabarmalay3.blogspot.com'Saya terdengar isteri sedang lakukan hubungan seks dengan anak saya' - Instafamous curang dengan anak tiri Kecurangan sememangnya sudah ke… Read More...
Kesihatan Merosot, Suspek COVID-19 Mohon Doa kabarmalay3.blogspot.comKesihatan Merosot, Suspek COVID-19 Mohon Doa Tiada siapa yang mahu berada di wad kuarantin jauh daripada keluarga, namun itulah yang terpak… Read More...
Anak bilal positif Covid-19 selepas sertai program tabligh kabarmalay3.blogspot.comAnak bilal positif Covid-19 selepas sertai program tabligh KETIKA ini kecoh mengenai peserta yang menghadiri ‘ijtimak tabligh’ di Masj… Read More...
BONDA DERITA ALIFF SYUKRI BUAT PERANGAI kabarmalay3.blogspot.comBONDA DERITA ALIFF SYUKRI BUAT PERANGAI KESABARAN seorang ibu itu ada tahapnya. Apabila, anak tidak henti membuat masalah, hati ibu mana ya… Read More...
Tiada Siapa Tahu Ini Derita Seenar Doktor Rawat COVID-19 kabarmalay3.blogspot.comTiada Siapa Tahu Ini Derita Seenar Doktor Rawat COVID-19 Rasanya, majoriti daripada kita tidak tahu bagaimana keadaan sebenar doktor pe… Read More...