Rafizi: Iklan Notis Bankrap Isu NFC Helah Untuk 'Burukkan Imej' Saya kabarmalay3.blogspot.com

PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa notis bankrap yang disiarkan menerusi akhbar tempatan awal minggu lalu berhubung kes dibawa Pengerusi Eksekutid NFC Corporation Sdn Bhd, Datuk Seri Salleh Ismail, tidak dilakukan menggunakan amalan biasa, sebaliknya bertujuan memburuk-burukkan reputasi beliau.
Rafizi berkata, tindakan membuat permohonan terus di mahkamah tanpa berusaha sepenuhnya untuk menghantar notis secara tangan agar dapat diterima oleh beliau sendiri, seperti dikehendaki undang-undang, adalah 1 helah murahan di pihak Salleh untuk memfitnah dan menyerang peribadinya.
“Saya tidaklah terkejut, malah bersimpati dengan beliau kerana pada umur sedemikian beliau nampak terlalu terikut-ikut dengan perasaan marah dan dendam atas apa yang berlaku ke atas NFC yang mengheret keluarga beliau.”
Rafizi yang juga ahli Parlimen Pandan berkata demikian menerusi kenyataan dikeluarkan hari ini.
Dengan mendapatkan notis dari mahkamah, katanya, ia bertujuan untuk memberi gambaran beliau berlaku tidak jujur kerana menerima sumbangan orang ramai untuk membayar jumlah yang dituntut Salleh tetapi menyimpan jumlah itu dan tidak membuat bayaran kepadanya.
Rafizi dilaporkan menerima sumbangan orang ramai sekitar RM1.5 juta.
Selain itu, katanya, ia digunakan sebagai modal politik murahan oleh ‘cybertrooper’ Umno untuk menyerang beliau sebagai seorang yang bankrap.
“Rakyat secara umumnya tidak begitu arif tentang selok-belok kaedah undang-undang dalam mengendalikan tuntutan bayaran selepas 1 penghakiman kes saman dikeluarkan.
“Oleh itu, mudah untuk menggunakan kaedah undang-undang untuk memberi gambaran saya enggan membayar walaupun sudah menerima sumbangan lebih RM1.5 juta dari rakyat Malaysia,” kata Rafizi.
Oktober tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Rafizi memfitnah NFC dan Salleh.
Ia susulan kenyataan Rafizi yang syarikat itu menggunakan dana kerajaan sebagai pengaruh untuk mendapatkan pinjaman bagi 8 hartanahnya.
Sehubungan itu, Pesuruhjaya Kehakiman, Azizul Azmi Adnan mengarahkan Rafizi membayar RM150,000 kepada Salleh dan RM50,000 kepada NFC. Mereka juga diberikan kos RM100,000.
Kaedah-kaedah di sisi undang-undang untuk menghantar notis menuntut bayaran selepas 1 penghakiman dibuat dalam kes saman seperti ini tertakluk kepada kaedah-kaedah yang terkandung di dalam Peraturan Mahkamah 2012 yang diwartakan, kata Rafizi.
Menurut Rafizi, Perintah 10 Peranggan 1 menyebut tertakluk kepada akta-akta dan peraturan-peraturan dalam peraturan mahkamah, sesuatu notis perlu disampaikan secara peribadi kepada pihak yang menerima atau dihantar melalui pos berdaftar.
“Dalam kes notis menuntut bayaran seperti kes ini, ia bermakna peguam yang dilantik Salleh perlulah membuat temu janji dengan saya untuk datang berjumpa dan menyampaikan sendiri notis tuntutan itu yang perlu ditandatangani oleh saya dalam 1 salinan sebagai persetujuan saya telah menerima notis tersebut.
“Perintah 62 Perenggan 5 menyebut pula bahawa jika sesuatu notis perlu disampaikan secara peribadi tetapi mahkamah merasakan adalah tidak praktikal untuk menyampaikannya secara peribadi, 1 permohonan boleh dibuat kepada mahkamah oleh pemohon untuk mendapatkan arahan mahkamah agar kaedah-kaedah lain digunakan untuk menyampaikan notis itu kepada pembayar.
“Mahkamah kemudiannya berhak mengarahkan agar 1 notis diiklankan mengikut apa-apa kaedah yang difikirkan sesuai, selalunya diiklankan di dalam sebuah akhbar edaran nasional.”
Oleh itu katanya, kaedah mendapatkan 1 perintah mahkamah agar notis diiklankan bukanlah cara biasa yang digunakan untuk menuntut bayaran seperti dalam kes ini kerana tugas untuk menyampaikan notis secara tangan untuk diterima secara peribadi bukan 1 perkara yang susah.
“Saya dimaklumkan oleh beberapa orang rakan peguam bahawa pemohon perlu menunjukkan beliau tidak dapat menjejaki saya sama ada kerana alamat yang diberikan tidak lagi wujud atau tiada yang tahu di mana saya berada,” katanya.
Tambahan pula, kata Rafizi, kaedah mengiklankan di dalam akhbar akan melibatkan kos yang tinggi.
“Sebab itu saya tidak terkejut apabila Salleh dan NFC mengambil jalan yang pelik dan menelan belanja sedangkan cara biasa hanyalah menghubungi saya atau datang ke pejabat saya.
“Bagi saya, mereka berniat untuk memalukan dan menunjukkan kononnya saya seorang yang pecah amanah kerana telah mendapat sumbangan tetapi tidak membayar tuntutan mereka.”
Rafizi menambah, beliau juga tidak tahu jumlah sebenar yang perlu dibayar.
“Hakim Azizul Azmi Adnan bukan sahaja menganugerahkan bayaran RM300,000 kepada NFC dan Salleh, jumlah itu perlu dibayar dengan bayaran faedah yang dikira pada setiap hari.
“Oleh itu, saya memang perlu menunggu notis tuntutan itu diserahkan secara tangan untuk memenuhi kehendak undang-undang dan mengetahui jumlah yang perlu dibayar.”
Malangnya kata Rafizi, perkara yang mudah iaitu menghubunginya untuk membuat temu janji untuk menyerahkan notis tuntutan yang menyatakan jumlah yang perlu dibayar itu tidak pernah diusahakan oleh Salleh.
Rafizi juga berkata, pihak Salleh hanya meninggalkan surat di rumahnya kononnya mereka datang tetapi tiada di rumah.
“Seterusnya mereka meninggalkan pula surat untuk menyatakan mereka berkehendakkan saya berada di rumah pada tarikh dan masa yang mereka tetapkan untuk saya menerima notis yang hendak mereka serahkan.
“Saya (tahu) hanya 1 arahan mahkamah yang sama seperti yang diiklankan di dalam akhbar buat kali pertama pada hari Selasa lepas iaitu 19 September 2017, semasa saya pulang ke rumah sekitar jam 1 pagi selepas program seharian.
“Arahan mahkamah itu bertarikh 14 September 2017 dan memberi saya tempoh seminggu iaitu sehingga 21 September 2017, tetapi hanya ditampal di pintu rumah saya hanya pada 18 September 2017 dan hanya dilihat oleh saya pada pagi 19 September 2017,” kata Rafizi. #sumber

Subscribe to receive free email updates: