Penduduk gempar buaya 5m muncul di tengah bandar kabarmalay3.blogspot.com

 
Buaya seberat 1,000kg itu akhirnya ditangkap berhampiran pusat komersial West Lake, berdekatan kawasan perumahan Limbang pada 8.15 pagi.


buaya-sarawak-bandar-bomba

MIRI: Penduduk di tengah bandar Limbang gempar, apabila seekor buaya seberat 1,000kg serta sepanjang 5m ditemui awal pagi tadi.

Kehadiran reptilia tersebut mula tular dalam media sosial seawal 7 pagi ini kerana kejadian pelik seekor buaya ditemui di tengah bandar tidak pernah berlaku sebelum ini.

Ketua Bomba dan Penyelamat Limbang, Edmund D Mahai Amboh berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam sekitar 7.36 pagi tadi melaporkan kemunculan reptilia itu.

Buaya itu akhirnya ditangkap berhampiran pusat komersial West Lake, berdekatan kawasan perumahan Limbang pada 8.15 pagi.

“Bomba menangkap buaya tersebut, setelah menutup kepala serta mengikat semua kakinya dan ia akan diserahkan kepada Perbadanan Perhutanan Sarawak untuk tindakan susulan,” katanya hari ini.

Untuk rekod, bandar Limbang terletak lebih 250km dari bandar raya Miri dan dipisahkan sempadan Brunei.

LIHAT VIDEO DI SINI

Subscribe to receive free email updates: