Portal Singapura, The Independent tarik balik laporan mengenai kematian Justinian Tan kabarmalay3.blogspot.com

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Portal berita Singapura, The Independent, menarik balik laporannya mengenai kematian seorang lelaki warganegaranya yang maut akibat langgar lari baru-baru ini.
 
Laporan itu digantikan dengan notis 'Kami mohon maaf'. 
 
"Kami memohon maaf kepada pihak yang terbabit dengan kemelut disebabkan insiden ini," tulis notis pada laporan itu.
 
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam semalam berkata kementeriannya akan menghantar surat rasmi kepada kerajaan Singapura bagi menyatakan rasa tidak puas hati berhubung tindakan portal itu yang menyiarkan laporan tidak tepat.
 
Ujarnya, surat itu akan dihantar dalam masa terdekat selepas pihaknya berbincang dengan bahagian perundangan kementerian dan Kementerian Luar.  
 
Terdahulu, laporan portal itu menyebut ambulans Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru lewat memberikan respons sehingga 30 minit terhadap laporan kemalangan membabitkan rakyat Singapura, Justinian Tan pada 25 Ogos lepas.
 
Artikel itu mendakwa kelewatan itu menjejaskan usaha untuk membawa mangsa berusia 25 tahun berkenaan mendapatkan rawatan di hospital pada kadar segera.
 
Laporan juga mendakwa pihak HSA menuntut sejumlah wang deposit daripada keluarga mangsa sebelum membenarkan sebarang rawatan dijalankan.
 
Tan mengalami kecederaan parah selepas dilanggar sebuah kereta Proton Saga, ketika beliau dan lima rakannya yang baru selesai makan lewat malam, kira-kira 3 pagi di Johor Bahru, menuju ke kenderaan mereka.
 
Tan kemudian dipindahkan ke Hospital Besar Singapura dan meninggal dunia lima hari kemudian, selepas alat bantuan pernafasan ditanggalkan.
 
Seorang rakan Tan, Joshua De Rozario pula berkata, Halangan bahasa mungkin menyebabkan berlakunya salah faham dengan kakitangan HSA. 
 
 
 

Subscribe to receive free email updates: