Pemain berusia 34 tahun itu yang merupakan juara bertahan, tewas 14-21 pada set pembukaan sebelum bangkit untuk memenangi set kedua 21-19 tetapi pemain Denmark itu mempamerkan kehebatannya dengan menamatkan permainan dalam set penentuan 21-14 , dalam siaran langsung yang disiarkan sebuah televisyen swasta.
Ini merupakan kekalahan berturut-turut Chong Wei kepada Axelsen, tewas kepada lawan yang sama dalam Final Siri Super Dunia di Dubai, Emiriah Arab Bersatu pada Disember tahun lepas.
Untuk rekod, Chong Wei menjuarai Terbuka Jepun enam kali iaitu pada 2007, 2010, 2012, 2013, 2014 dan 2016.
Sementara itu, pasangan tuan rumah Misaki Matsutomo/Ayaka Takahashi menjuarai beregu wanita selepas menumpaskan Kim Ha Na/Kong Hee Yong dari Korea Selatan 21-18 dan 21-16 sementara dalam perseorangan wanita pemain pilihan kelima Carolina Marin dari Sepanyol membuat kejutan dengan menundukkan juara bertahan, He Bingjiao dari China,23-21 dan 21-12.
Pilihan ketiga kejohanan, Marcus Fernaldi Gideon/Kevin Sanjaya Sukamuljo dari Indonesia menewaskan beregu tuan rumah Takuto Inoue/Yuki Kaneko 21-12 and 21-15 untuk muncul juara beregu lelaki sementara Wang Yilyu/Huang Dongping dari China menjuarai beregu campuran selepas menewaskan Takuro Hoki /Sayaka Hirota dari Jepun 21-13 and 21-8. #sumber