“Dia nak ambil balik Selangor? Tiga menteri besar itu? Bukan 3+1 ke? Isunya mengapa perlu panggil bekas MB? Apa sudah terjadi dengan kepimpinan sedia ada?
“Ada mereka kata Noh Omar dan kepimpinan semasa meyakinkan untuk tarik pengundi muda dan rakyat kini?
“Ini membuktikan kepimpinan sedia ada dalam Umno Selangor gagal tarik sokongan rakyat. Kalau itu sahaja kualiti yang ada, semoga berjaya untuk mereka,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Selangor Bio Bay, di Pulau Indah, hari ini.
Azmin berkata, rakyat sedia maklum sejarah tiga tokoh itu hingga menjadi bekas Menteri Besar Selangor.
“Terpaksa guna yang lama untuk tarik sokongan dan kita pun kenal siapa tiga (orang) ini dan kenapa mereka mantan? Semua orang tahu kenapa mereka jadi mantan sekarang,” katanya.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar sebelum ini berkata tiga bekas menteri besar Selangor akan bergabung bagi memastikan BN menawan kembali negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).