Isu "Keselamatan" Rakyat Pahang, Fuziah Dakwa "Lynas" Berbohong ! kabarmalay3.blogspot.com


KUANTAN: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mendakwa, Ketua Pegawai Eksekutif (Ceo) Lynas, Amanda Lacaze berbohong kepada warga Kuantan berhubung isu keselamatan rakyat negeri ini.

Menurutnya, pembohongan tersebut terbongkar apabila Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi (Mosti), Wilfred Madius Tangau, menjelaskan bahawa kajian keselamatan condisoil dari Lynas oleh Sirim masih dijalankan dan dijangka berakhir pada penghujung bulan Ogos.

Fuziah juga menyifatkan kenyataan dibuat oleh Amanda menunjukkan bahawa syarikat tersebut tidak bertanggungjawab dan tidak boleh dipercayai.

“Jangan ingat apabila Lynas tanam pokok di Kuantan, terus jadikan Lynas satu industri hijau. Juga jangan ingat bila Lynas beri sumbangan kepada orang miskin, terus tunjukkan Lynas mempunyai sifat bertanggungjawab. Kami tidak sebodoh itu untuk terus dipermainkan.

“Mana mungkin pihak Sirim telah meluluskan ‘condisoil’ tersebut, sekiranya kajian keselamatan masih di jalankan. Malah Menteri juga bersetuju bahawa Ceo Lynas telah ‘jump the gun’ dengan kenyataan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Pada 19 Julai lalu, Amanda mengeluarkan kenyataan bahawa pihak mereka telah berjaya mencari kaedah untuk mencipta condisoil daripada residue kilang Lynas yang telah mendapat pengesahan keselamatan dari Sirim.

Perkara itu dinyatakan secara terbuka pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya anjuran Lynas dan kenyataan tersebut telah mendapat liputan media tempatan.

Jelasnya, masih banyak Lynas patut tekankan termasuk aspek keselamatan awam seperti mengenal pasti tapak PDF (Permanent Disposal Facility) yang sehingga kini masih belum dikenal pasti.

Katanya, ia wajib dikenal pasti dalam tempoh 10 bulan Tol (Temporary Operating License) ke atas Lynas di keluarkan pada September 2012.

“Juga syarat yang di kenakan ialah Lynas wajib kenal pasti PDF walaupun ada pelan alternatif untuk residue Lynas, seperti kitar semula dan sebagainya,” katanya.

Sebelum itu, Wilfred menjawab soalan Fuziah yang meminta kementerian menjelaskan berkenaan kenyataan Lynas pada 19 Julai lalu bahawa mereka telah berjaya cari kaedah untuk cipta condisoil daripada residue kilang Lynas yang telah mendapat pengesahan keselamatan dari Sirim.

“Jawapan Menteri jelas membuktikan bahawa Ceo Lynas berbohong apabila beliau buat kenyataan bahawa condisoil  dari Lynas telah mendapat kelulusan Sirim,” katanya. #sumber

Subscribe to receive free email updates: