Azalina: Lebih "Tiga Juta" Rakyat Masih Belum Daftar Jadi Pengundi kabarmalay3.blogspot.com

PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, lebih 3 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi belum mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Beliau berkata, seramai 3,772,149 orang belum mendaftar setakat 31 Mac lalu.
“Selain itu, bagi tempoh pendaftaran dari Januari hingga Mac 2017, sebanyak 1,454 bantahan telh diterima SPR,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto bagi pihak perdana menteri. Ahli Parlimen DAP itu ingin tahu jumlah pengundi tidak berdaftar mengikut bangsa dan sama ada pemegang kad pengenalan sementara dibenarkan mengundi.
Azalina berkata, mereka yang memiliki kad pengenalan sementara tidak dibenarkan mengundi kerana mereka bukan warganegara Malaysia. #sumber

Subscribe to receive free email updates: