‘Kita tak benarkan DAP guna logo Bersatu tanding PRU14’: Tun M kabarmalay3.blogspot.com


Meskipun berpayung di bawah satu gabungan, Tun Dr Mahathir Mohammad berkata, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan membenarkan DAP menggunakan logo mereka untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang.
Ini kerana jelas bekas perdana menteri itu, Bersatu perlu kekal sebagai parti Melayu untuk raih sokongan pengundi Melayu.
“Terdapat dua parti lain (dalam Harapan), yang berbilang kaum. Mereka (DAP) boleh bertanding di bawah kedua-dua parti itu.
“Saya yakin, PKR dan PAN akan memberi tempat kepada mereka, tapi kita tak boleh, kerana kita adalah parti Melayu,” katanya mengulas berhubung isu pendaftaran DAP yang berkemungkinan akan terbatal, dipetik portal liberal. 
Baru-baru ini Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) mengarahkan DAP untuk mengadakan pemilihan semula pemegang jawatan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP.
Ketua Pengarah JPPM Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata CEC DAP tidak akan diiktiraf dan jawatankuasa itu tidak boleh berfungsi secara sah sekiranya DAP gagal mengikut arahan itu. - ismaweb

Subscribe to receive free email updates: