KENYATAN MEDIA
1MDB: JANGAN KITA CAMPUR TANGAN URUSAN NEGARA LAIN
Kita menentang campur tangan Amerika Syarikat ke atas mana-mana negara seperti mana Malaysia juga tidak boleh campur tangan dalam hal-hal negara lain. Semua negara perlu saling hormat-menghormati hak dan kedaulatan negara masing-masing.
Dalam isu 1MDB, Amerika Syarikat mendakwa sejumlah wang haram daripada 1MDB telah masuk ke negara mereka, yang bertentangan dengan undang-undang negara itu. Wang 1MDB dilaporkan ada kaitan dengan Jho Low dan anak tiri kepada Datuk Seri Najib, Riza Aziz.
Amerika Syarikat sekarang ini mahu mendakwa mereka yang terlibat membawa wang haram masuk ke negara mereka. Mereka tidak berkompromi kepada orang yang melalukan kesalahan di negara mereka.
Maka jangan pula kita campur tangan jika mereka mahu mengambil tindakan kepada individu membawa wang haram ke negara mereka, seperti juga kita tidak mahu mereka campur tangan hal ketenteraan dan kepolisan dalam negara kita.
Jangan kita terlalu naif. Apabila Amerika Syarikat mahu memburu pesalah wang haram masuk ke negara mereka, kita pula kata Amerika cuba nak campur tangan urusan negara.
Di negara kita, peguam negara yang mahu memulakan siasatan ke atas 1MDB telah dipecat.
SPRM disiasat oleh polis dan beberapa pegawai mereka dipecat dan ditukar. Timbalan Perdana Menteri, menteri dan menteri besar dan pegawai tinggi kerajaan yang mempersoal 1MDB, juga kemudian dipecat.
Tiada penjelasan menyeluruh terhadap pemecatan ini. Ini semua menimbulkan spekulasi buruk ke atas Malaysia. 1MDB dan Perdana Menteri dilihat begitu kebal dalam isu ini.
Sepatutnya sudah ada satu Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat keseluruhan isu ini.
"Harapan Baru"
MOHAMAD SABU
Presiden
Parti Amanah Negara
Presiden
Parti Amanah Negara
22 Julai 2016