Tangkap Jho Low cepat, banyak saya hendak soal – Shafee kabarmalay3.blogspot.com


[25 September 2019]

“Jika Ketua Polis Negara tahu di mana, tolonglah bawa balik cepat Jho Low jangan tunggu sehingga penghujung tahun. Apa gunanya bila kes-kes penting seperti SRC International dan 1MDB sudah selesai,”
Itu luahan ketua pasukan peguambela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang merasakan ahli perniagaan yang dalam buruan itu sudah tidak relevan lagi seandainya tidak dibawa pulang untuk menghadapi perbicaraan kes.
Tan Sri Abdul Hamid Bador hari ini mengulangi penegasannya pihaknya tahu di mana ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low berada dan berharap rundingan membawa balik orang yang dikehendaki itu ke Malaysia dapat diselesaikan akhir tahun ini.
“Jho Low ini hanya ‘relevan’ untuk kes SRC International dan 1MDB pada ketika ini. Apakah gunanya jika bawa lelaki itu pada hujung tahun? Jika tahu dia di mana, cepatlah tangkap.
“Saya sendiri hendak melakukan pemeriksaan balas terhadapnya tentang pelbagai dakwaan yang terpalit. Hanya dengan membawa Jho Low ini bawa balik, anak guam saya akan mendapat keadilan,” katanya kepada pemberita di luar kompleks Mahkamah Jalan Duta petang tadi.
Hari ini, Abdul Hamid ketika menjadi tetamu bagi wacana Bicara Minda di Dewan Karangkraf Shah Alam sekali lagi membuat penegasan beliau sedia maklum tentang lokasi Jho Low dan akan membawanya pulang ke Malaysia.

Sumber risikan polis mendapati Jho Low menerima perlindungan daripada pihak tertentu dan bebas bergerak selain boleh menjalankan perniagaan tanpa sebarang sekatan.
“Dia bebas bergerak dan berniaga di negara tersebut. Jho Low manusia yang paling dikehendaki licik dan mempunyai agenda jahat serta menggunakan wang untuk beli pengaruh.
“Kami tahu di mana dia, kami sedang berunding dengan negara itu namun saya yakin akan dapat membawa balik Jho Low tidak lama lagi,” katanya.

Subscribe to receive free email updates: