kabarmalay3.blogspot.com

Sapa pernah makan apam tokyo ? Saya baru kali ke-3 makan apam tokyo. Kawan yg kenalkan kuih nih. Sedap lemak manis, lepas tuh tak jumpa dah orang juai kuih nih. Then masa bulan posa ritu, rezeki saya terjumpa kuih nih kat bazar kuah langkawi. Org tuh juai 6 biji rm1 murah laa. Nih kali ketiga saya cuba buat sendiri hah puaihh makan ehh. Tapi tuhlaaa inti dia takjadi 😭 jadi sengkaya pulak. Cayaq pekat jadi sengkaya, banyak balance esok buleh kukus roti putih buat makan bread sangkaya macam kat boat noodles 😍 nih saya share resepi dia nahhh.
Bahan kulit :
1 cwn tepung gandum
1/2sdt baking powder
1biji telur
1/4cwn gula
1/2cwn susu segar
1/2cwn air
1sdb majerin cair
Secubit garam
Step:
1. Pukul telur dgn gula sehingga kembang.
2. Satukan bahan kering seperti tepung, baking powder dan ayak dulu nah.
3. Kemudian, masukkan susu dan air. Kacau sebati dan masukkan telur yg dipukul kembang tadi. Sebatikan dan akhir sekali tuang majerin cair dan garam. Kacau sebati siapp.
Bahan initi kastard pandan:
1/2cwn gula *agak manis buleh kurangkan sikit
1/2cwn tepung gandum
1sdb tepung kastard
1/2 cwn air pati pandan pekat *saya pakai pandan paste campur air
1cwn santan
Secubit garam
Step:
1. Masak semua bahan dia atas sehingga pekat dan likat. Sentiasa kacau utk elak hangit.
2. Pastikan inti kastard tadi disejukkan dan pekat likat. Seelokknya buat inti nih terlebih awal sebelum buat kulit.
Tips ‼️
*pastikan inti betoi2 pekat jgn cayaq macam saya buat 😅
*letak inti masa kulit still dok atas pan dan lekat/kepit siap2 atas pan sbb kalau buat masa sejuk dia dah takmau lekat.
Kredit : Ain Afiqah Rafar

Subscribe to receive free email updates: