#MaluApaBossku: Mat Sabu claim duit minyak untuk helikopter dari DAP ? kabarmalay3.blogspot.com

Sebelum PRU14, DAP dan BERSIH sering menuduh kerajaan BN dahulu menyalahgunakan kenderaan rasmi kerajaan untuk urusan pilihanraya.

Mereka kata ini adalah satu kesalahan di bawah undang-undang SPR.

Gambar-gambar Menteri Pertahanan Mohamad Sabu menggunakan helikopter kerajaan di Cameron Highlands tular pada hari Sabtu dan menerima pelbagai kritikan orangramai.

Bagaimanapun Mat Sabu menafikannya dengan memberi alasan ia lawatan rasminya sebagai menteri yang telah dirancang awal.

Tetapi pada hari yang sama pula, Mat Sabu dinampak hadir semasa proses penamaan calon untuk Pilihanraya kecil Cameron Highlands untuk memberi sokongan kepada calon PH dari parti DAP.

Sejak bila proses penamaan calon parti DAP sudah menjadi urusan rasmi Kementerian Pertahanan?

DAP dan BERSIH tak nampak? Masih bisu?

Atau Mat Sabu akan claim duit minyak untuk helikopter dari DAP nanti?

Mat Sabu jangan malu nak claim dari Kit Siang.

#maluapabossku


Oleh : Najib Razak

Penulis adalah Perdana Menteri Malaysia Ke-6

Subscribe to receive free email updates: