Papan Tanda Projek: Petang JAKOA mengaku, malam mohon maaf kabarmalay3.blogspot.com



Petang tadi, agensi kerajaan PH JAKOA mengesahkan papan tanda tersebut sememangnya didirikan oleh pihaknya.

"Kami membantu Orang Asli pada setiap masa," jawab JAKOA.

Namum JAKOA enggan mengulas apabila ditanya oleh wartawan kenapa projek berkenaan dibuat sewaktu kempen PRK berlangsung, dan beliau lalu mematikan talian.

Sampai malam pula, JAKOA kata ini ialah suatu kesilapan.

"JAKOA ingin menjelaskan bahawa papan tanda projek tersebut merupakan satu kesilapan yang tidak disengajakan.

"Oleh yang demikian, pihak JAKOA telah mengeluarkan arahan serta-merta kepada pihak kontraktor untuk menurunkan papan tanda."

Kesilapan atau tidak, esok sudah hari mengundi. 

Apabila papan tanda diturunkan, PRK sudah selesai.

Persoalan saya ialah siapa yang mengarahkan dan meluluskan tender untuk papan tanda ini didirikan sedangkan ini tidak dibenarkan semasa tempoh kempen PRK?

Adakah BERSIH dan SPR ingin mengambil tahu perkara ini?

Oleh :Najib Razak
Penulis ialah Perdana Menteri Malaysia Ke-6 

Subscribe to receive free email updates: