Ketua bahagian Bersatu Melaka UNDI TIDAK PERCAYA pada menteri kabarmalay3.blogspot.com

Tekanan memuncak terhadap Menteri Pembangunan Usahawan Redzuan Yusof, kata sumber yang mendakwa pengerusi Bersatu Melaka itu telah mendapat undi tidak percaya.Malaysiakini tekanan memuncak terhadap Redzuan pada mesyuarat Jumaat lalu.

"Ia merupakan undi sebulat suara daripada ketua-ketua bahagian, saya diberitahu pemimpin tempatan tidak begitu senang dengan Redzuan. 

"Hal ini telah dibawa kepada pengetahuan (Presiden Bersatu) Muhyiddin Yassin dan (Pengerusi) Dr Mahathir Mohamad," kata sumber yang rapat dengan majlis tertinggi parti itu. 

Difahamkan pihak yang tidak berpuas hati di dalam Bersatu Melaka sedang mendesak exco kerajaan negeri Mohd Rafiq Naizamohideen menjadi pengerusi barunya menggantikan Redzuan. Ketika dihubungi Rafiq enggan mengulas mengenai dakwaan ini. 

Dipercayai rasa tidak puas hati itu berpunca daripada kemarahan terhadap keputusan Redzuan untuk memecat bekas datuk bandar Kuala Lumpur Ruslin Hasan sebagai penyelaras DUN Ayer Limau dua minggu lalu serta tindakan untuk menggugurkan Nazri Ramli sebagai timbalan penegrusi Bersatu Masjid Tanah. 

Seorang lagi sumber MT Bersatu berkata Redzuan seorang bercita-cita tinggi dalam parti. 

"Beliau seorang yang bercita-cita tinggi... Malah beliau cuba meraih sokongan majlis tertinggi bagi meletakkan beliau sebagai pengganti Muhyiddin dan mencapai kedudukan Mahathir," dakwa sumber itu lagi. - MK

Subscribe to receive free email updates: