SERANGAN LIBERAL KE ATAS MALAYSIA kabarmalay3.blogspot.com


Pasca PRU 14, memperlihatkan pelbagai isu-isu ‘baharu’ yang menyentuh sensitiviti kita selaku rakyat Malaysia beragama Islam. Tidak keterlaluan jika dikatakan, hampir semua isu-isu tersebut merupakan produk yang terhasil dari ideologi liberalisme.
 Pluralisme: Fahaman yang cuba menyamakan kononnya semua agama adalah sama benar. Ucapan-ucapan politikus seperti maqasid menjaga agama bermaksud menjaga semua agama, serta puasa adalah ibadat universal bagi semua agama tidak terhad hanya untuk orang Islam, merupakan laras bahasa pluralis.
 LGBT: Siri-siri provokasi yang digerakkan oleh rangkaian liberalis untuk mendorong masyarakat supaya menerima budaya songsang tersebut. Dari publisiti media hinggalah ke pejabat menteri, mereka perjuangkan agenda kebebasan ‘pelangi’ yang jelek itu.
 Humanisme: Kempen humanisme bukan semata-mata pada isu diskriminasi dan hak asasi manusia. Bahkan akar anutannya hingga meletakkan kepentingan manusia sebagai kompas utama dalam menentukan kebenaran hakiki. Dalam erti kata yang lain, ketepikanlah soal agama, yang penting adalah kepentingan manusia. Sudah pasti, humanisme ada kaitannya dengan pluralisme.
 Negara Bangsa: Konsep negara liberal yang mahu dicapai adalah dengan menyamaratakan hak semua bangsa. Sebagai contoh, konsep hak istimewa bumiputera sudah lagi tidak relevan atas alasan kononnya ia adalah diskriminasi. Slogan ‘Malaysian Malaysia’ diangkat serta ICERD diagendakan. Ia amat menjejaskan kontrak sosial bahkan mencetuskan ketegangan kaum.
 Feminisme: Hak sama rata serta mempertikai praktis Islam terhadap wanita yang dianggap menindas. Yang masih lagi berlegar adalah isu khitan wanita. Selalunya isu feminisme berlegar sekitar hak kerjaya, tudung, niqab, faraidh, poligami serta hak cerai perlu diberi juga kepada wanita. Isu-isu seperti ini akan diulang-ulang untuk menggambarkan Islam adalah agama yang menzalimi wanita.
 Populisme: Bebas sewenang-wenangnya menabur janji palsu asalkan dapat mengaut sokongan orang ramai. Tipu adalah bijak, jujur adalah bodoh. Hal ini akan menyemarakkan lagi fenomena ‘Post Truth’ membuatkan masing-masing sudah lagi tidak memikirkan akan nilai kebenaran yang hakiki.
Mungkin selepas ini, banyak lagi produk-produk liberal yang dipasarkan ke tengah medan politik Malaysia. Itu belum lagi dikira propaganda-propaganda Islamofobia yang menjadi nafas utama golongan liberalis untuk menjustifikasikan segala prejudis mereka ke atas Islam.
Sememangnya mereka menyusun pelbagai provokasi untuk membakar amarah kita. Persoalannya, adakah kita sedar apa motif sebenar mereka? Oleh kerana itu tersangat penting bagi kita memahami selok belok ideologi pada kadar kemampuan yang ada, untuk berinteraksi dengan isu-isu politik secara berobjektif. Kita perlu serius berfikir akan realiti Malaysia yang sedang berlaku hari ini, dan bersedia dengan musibah yang mendatang.
Abdul Mu’izz Muhammad
21 November 2018.

Subscribe to receive free email updates: