(Melayu Belum Sedar?) Peguam Negara arah warga Finland sebar risalah Kristian tak didakwa kabarmalay3.blogspot.com


19 Rabiulawal 1440H, Selasa – Polis menggugurkan kes terhadap empat warga Finland yang sebelum ini disyaki mengedarkan pen dan risalah Kristian kepada orang awam di Pulau Langkawi, atas arahan Pejabat Pendakwa Raya.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintenden Mohd Iqbal Ibrahim berkata, Jabatan Peguam Negara (AGC) turut mencadangkan supaya kes berkenaan tidak diteruskan.
Kesemua suspek katanya, akan diusir keluar secepat mungkin dan disenarai hitam daripada memasuki semula negara ini.
Iqbal berkata, kertas siasatan kes berkenaan telah dirujuk kepada Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara (AGC), Datuk Ishak Mohd. Yusoff pada Khamis lalu.
Selain itu ianya turut dibincang dengan Ketua Bahagian Pendakwaan AGC serta dibawa kepada pengetahuan Peguam Negara dan Peguam Cara III.
“Selepas meneliti fakta siasatan dan keterangan suspek, kes diputuskan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) yang mana semua pen dan risalah berkaitan dirampas untuk dimusnahkan.
“Kesemua suspek akan diusir dengan segera dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia,” katanya seperti dilapor Kosmo.
Terdahulu, polis menahan empat warga Finland berusia antara 27 dan 60 tahun di sebuah hotel, di Langkawi selepas disyaki mengedar pen dan risalah Bible kepada orang awam.
Polis turut menemui 47 batang pen dan 336 naskah buku kecil yang mengandungi kenyataan-kenyataan yang dipetik dari Bible, berkaitan Kristian dalam bahasa Vietnam.
Dilaporkan, pada pen tersebut, tertera perkataan “Kata Yesus kepadanya. Akulah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorang pun yang datang kepada bapa, kalau tidak melalui aku,” Terjemahan Baru, Yohanes 14:6.
Salah seorang lelaki yang ditangkap disahkan sebagai ketua kumpulan belia Kristian Finland, Joosua Missio. - ismaweb #CelahGelegar 

Subscribe to receive free email updates: