303 kakitangan DIBERHENTI KERJA (KERAJAAN SADDIQ SIGARAGA) Institut Sukan Negara TAMATKAN 303 kakitangannya kabarmalay3.blogspot.com


KUALA LUMPUR: Institut Sukan negara (ISN) sekali lagi dilanda badai apabila 303 kakitangannya menerima surat penamatan kontrak perkhidmatan hari ini.
Perkara itu disifatkan mereka amat mengejutkan apabila hanya dimaklumkan sebulan sebelum tarikh akhir kontrak ditamatkan.
Menerusi surat yang diterima, kontrak perkhidmatan mereka akan tamat pada 31 Disember 2018 dengan pihak ISN memaklumkan tidak dapat memastikan sama ada kontrak itu akan disambung atau tidak.
Ia tertakluk kepada kedudukan kewangan ISN dan bergantung kepada penstrukturan semula program latihan atlet yang akan diselaraskan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) nanti.
Penstrukturan semula program latihan termasuk Program Podium nyata memberi kesan kepada kesemua 303 kakitangan terbabit.
Antara yang terbabit adalah fisioterapi, doktor, pegawai perubatan, pegawai makmal dan beberapa lagi kakitangan yang lain.
Kesemua 303 kakitangan menerima surat memaklumkan perkara itu yang ditandatangani oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Ahmad Zawawi Zakaria.
Seorang daripada kakitangan terbabit yang enggan namanya disiarkan berkata, kesemua kakitangan perlu mengisi borang berwarna merah yang dilampirkan bagi urusan tamat perkhidmatan.
Borang itu perlu dikembalikan kepada Cawangan Sumber Manusia selewat-lewatnya pada 24 Disember ini dengan pembayaran gaji akan dibuat sebulan selepas tarikh akhir kontrak perkhidmatan.
"Saya tidak menyangka ISN akan melakukan perkara ini. Keadaan sekarang begitu kritikal dan nasib kami kini di tangan MSN.
"Banyak khabar angin sedang bertiup kencang. Keadaan MSN juga tidak menentu apabila ada kalangan kakitangan mereka turut ditamatkan kontrak perkhidmatan.
"Persoalannya sekarang sekiranya kebanyakan kakitangan ditamatkan perkhidmatan, bagaimana ISN akan beroperasi," soalnya.
Untuk rekod, pada Mac lalu lebih 80 kakitangan ISN di seluruh negara turut ditamatkan kontrak perkhidmatan.
Daripada jumlah itu, separuh daripadanya ditamatkan kontrak pada akhir tahun lalu, manakala selebihnya pada 31 Mac 2018.

Subscribe to receive free email updates: