Dr M pertahan Waytha kabarmalay3.blogspot.com


Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mempertahankan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy daripada asakan demi asakan supaya beliau meletak jawatan susulan kenyataannya sebagai pengerusi Hindraf lebih sedekad lalu.

"Kita semua ada masa lalu. Macam saya, saya dari Umno.

"Tidak bolehlah hanya kerana saya dari Umno, sekarang saya tidak boleh bersama Pakatan Harapan," kata Mahathir.

Perdana menteri berkata kenyataan kontroversi Waythamoorthy mengenai dakwaan diskriminasi terhadap kaum India di Malaysia timbul akibat kekecewaan dan suatu cubaan untuk menarik perhatian masyarakat antarabangsa terhadap isu-isu mereka.

"Tapi, itu dulu. Sekarang, beliau ada di dalam kerajaan. 

"Dan beliau sudah berubah daripada apa yang beliau katakan pada waktu itu," kata Mahathir pada sidang akhbar selepas melancarkan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Antarabangsa (MAHA) 2018 di Serdang. - MK

Subscribe to receive free email updates: