KELANTAN MASIH DALAM MALAYSIA kabarmalay3.blogspot.com


KELANTAN MASIH DALAM MALAYSIA


NEGERI Kelantan masih di dalam Malaysia. Bukan sebuah republik Kelantan, yang mempunyai autonomi sendiri. Kelantan masih menghormati konsep federalisme. Kerajaan Kelantan tidak buat imigresen untuk negeri lain hendak masuk Kelantan.

Sebab itu hasil yang dipungut dari bumi Kelantan seperti bayaran pasport antarabangsa RM200 setiap lima tahun yang hendak tunai umrah dan ke luar negara, cukai lapangan terbang, cukai jalan, saman JPJ, polis, cukai kastam, setem, SST, cukai pendapatan dan berbagai cukai diambil oleh Kerajaan Pusat. Begitu juga hasil minyak dan gas dimasukkan ke dalam kantung pusat.

Kelantan faham konsep federalisme, ada hak negeri dan ada hak pusat. Cuma Kelantan minta haknya sahaja. Kalau pun Kelantan susah, apa salahnya Kerajaan Pusat bantu. 

Tinggallah mentaliti pembangkang, dan angkuh dengan kuasa, jadilah Menteri Kewangan yang berwibawa untuk membangunkan negara dan rakyat.

Jangan hanya slogan Malaysia Baharu tetapi mentaliti lapuk.

USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS

24 Oktober 2018

Subscribe to receive free email updates: