Majlis Serah Memorandum TOLAK ICERD Penghapusan Hak Bumiputera pada 31 Okt di Parlimen kabarmalay3.blogspot.com

ICERD adalah salah satu konvensyen antarabangsa hak asasi manusia yang telah berkuatkuasa dari tahun 1969, di mana negara yang meratifikasinya hendaklah menghapuskan segala bentuk diskriminasi bangsa dan kaum.

Sehingga hari ini, seramai 11,777 individu telah menandatangani petisyen berkenaan yang boleh diperoleh dengan melayarihttps://www.change.org/p/pendokong-perlembagaan-bantahan-ratifikasi-konvensyen-antarabangsa-icerd/psf/promote_or_share?source_location=petition_show.

Petisyen yang ditujukan kepada kerajaan itu menyatakan bahawa Malaysia tidak pernah menandatangani ICERD, apatah lagi meratifikasinya yang jelas bertentangan dengan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, ratifikasi ICERD akan menyebabkan Artikel 153 yang memberi kedudukan istimewa kepada orang Melayu dan Bumiputera dihapuskan, termasuk penutupan Majlis Amanah Rakyat (MARA); Maktab Rendah Sains Mara (MRSM); Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan penghapusan Tanah Rizab Melayu. - 
Ikatan Muslimin Malaysia

Subscribe to receive free email updates: