Benarkah ratifikasi ICERD Tidak bercanggah Perlembagaan?? kabarmalay3.blogspot.com

Menteri bersungguh-sungguh memutar belit bagi memastikan kejayaan mereka 
#bantahICERD
#lawanICERD

Kamu sudah dengar kenyataan Ahli Parlimen Batu Kawan tempoh hari mengenai proses perakuan kerajaan Malaysia berkenaan konvensyen hak asasi PBB?

Selain ICERD, ada empat lagi konvensyen yang pihak kerajaan sekarang bersungguh-sungguh mahu perakui dalam mengejar status negara paling bagus dalam aspek hak asasi manusia.

Namun walau ia kedengaran bagus, ICERD, UDHR dan CRC adalah tiga perkara yang paling mengancam kita, anak-anak kita dan cucu kita nanti. Bukan saja ia usaha menyodok habis Perkara 153, tetapi juga perkara 3 dan perkara 160 - dan ketiga-tiga konvensyen ini bertentangan langsung dengan aspek Perlembagaan yang menyebut Islam sebagai agama rasmi Persekutuan

Exhibit 1:
– The International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) PART I
Article 2

2. States Parties shall, when the circumstances so warrant, take, in the social, economic, cultural and other fields, special and concrete measures to ensure the adequate development and protection of certain racial groups or individuals belonging to them, for the purpose of guaranteeing them the full and equal enjoyment of human rights and fundamental freedoms. These measures shall in no case en tail as a con sequence the maintenance of unequal or separate rights for different racial groups after the objectives for which they were taken have been achieved.

Rujuk: https://www.ohchr.org/…/professionalinterest/pages/cerd.aspx

Kesimpulan mudah faham syor tersebut: Tidak boleh ada ‘keistimewaan’ mana-mana individu/kaum diatas individu/kaum yang lain.
.
.
Exhibit 2:
– The Universal Declaration of Human Rights (UDHR)
Article 18.
Everyone has the right to freedom of thought, conscience and religion; this right includes freedom to change his religion or belief, and freedom, either alone or in community with others and in public or private, to manifest his religion or belief in teaching, practice, worship and observance.

Rujuk: http://www.un.org/en/universal-declaration-human-rights/

Kesimpulan mudah faham syor tersebut: Setiap manusia adalah berhak dalam hak kebebasan beragama dan menukar agamanya.
.
.
Exhibit 3:
– Convention on the Rights of the Child(CRC)
Article 14
1. States Parties shall respect the right of the child to freedom of thought, conscience and religion.

Rujuk: https://www.ohchr.org/en/professionalinterest/pages/crc.aspx

Kesimpulan mudah faham syor tersebut: Anak-anak mempunyai hak untuk memilih agamanya dan ibu bapa perlu hormati hak tersebut.
.
.
Nampak tak betapa bercanggahnya, ‘syor-syor’ diatas dengan Perkara 153, Perkara 3 ataupun perkara 160 yang meletakkan hak umat Melayu dan perkara yang berkaitan agama Islam dibawah naungannya di dalam Perlembagaan Malaysia.

Persoalannya sekarang, adakah kerajaan hari ini akan mengenepikan atau meletakkan tarikh ‘luput’ kepada perlembagaan sedia ada hanya semata-mata untuk memenuhi dasar ataupun janji manifesto tersebut?

Nauzubillahiminzaliq, harapnya tidak begitu.

Kalau benar maka kita kena bangkit dan bantah, lawan dan kalau boleh halang terus usaha mereka dengan apa cara sekalipun.

kredit kepada Puteh Srikandi

Subscribe to receive free email updates: