Tun Mahathir Mahu Rakyat Percaya DoJ Walaupun Tiada Bukti kabarmalay3.blogspot.com

Suara Kebenaran




Rakyat perlu mempercayai kes membabitkan 1MDB yang dikeluarkan Department of Justice (DoJ) United States sekalipun laporan tersebut tidak menyertakan sebarang bukti – kata sumber yang rapat dengan Tun Mahathir.  Bukti itu memanglah tidak ada sekarang kerana ia berdasarkan laporan oleh pengadu semata-mata.

Bukti itu akan datang sendiri bila masanya kena, sementara itu Tun Mahathir mahu rakyat terus mempercayai laporan DoJ tersebut kata sumber itu tadi.

Ia seperti kes berkaitan skandal Bank Negara awal 90 an dululah.  Selama berpuluh tahun kerajaan BN menafikan wujud sebarang salah laku atau kerugian besar dalam skandal tersebut, tetapi hari ini, lebih kurang 23 tahun selepas ianya berlaku, satu Suruhanjaya Diraja akan ditubuhkan untuk menyiasat skandal tersebut.

Begitu jugalah halnya dengan laporan DoJ berkaitan 1MDB,  Bukan tidak ada bukti tapi ia mengambil masa yang sesuai serta lama untuk didedahkan.  Dalam tempoh tersebut, rakyat perlu mempercayai laporan DoJ ini tanpa ragu-ragu lagi.

Kelak bila bukti sudah ada, tidak sukar untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Najib pada ketika itu.

Subscribe to receive free email updates: