WAN Saiful Wan Jan hari ini mendedahkan amalan korupsi berleluasa dalam Bersatu Perlis pada hari sama beliau digugurkan sebagai setiausaha negeri seterusnya mencetuskan persoalan tentang penyingkirannya daripada barisan kepimpinan negeri.
Awal hari ini, Pengerusi Bersatu Ameir Hassan dilaporkan berkata yang Wan Saiful digugurkan sebagai setiausaha kerana beliau terlalu sibuk dengan tugasnya sebagai pengerusi Perbadanan Tabung Pinjaman Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
KENYATAAN WAN SAIFUL WAN JAN
Baru-baru ini, saya membuat laporan polis mengenai pemalsuan dokumen melibatkan tuntutan ratusan ribu ringgit di pejabat Bersatu Perlis.
Saya digesa untuk menarik balik laporan tersebut. Saya tidak pasti apa motifnya laporan itu mahu ditarik balik, tetapi saya berkeras tidak menarik balik laporan polis itu.
Sebelum itu, saya juga telah bertegas untuk tidak mencampuri urusan mengaturkan pemberian kontrak kerajaan bernilai puluhan juta ringgit kepada syarikat yang melibatkan anak pemimpin Bersatu dari Perlis. Saya ditawarkan wang yang besar sekiranya membantu pengaturan kontrak tersebut. Saya enggan melakukan salah guna kuasa itu.
Saya tidak akan bertolak ansur dalam hal integriti, dan saya tidak akan tunduk kepada tekanan untuk mendapatkan wang dengan cara salah oleh mana-mana individu tanpa mengira jawatan yang mereka pegang di Perlis.
Hal ini menambah iltizam saya untuk membantu Bersatu di Perlis menjadi lebih baik. Saya akan terus bekerja untuk kebaikan parti. Malaysia Baru perlu disambung menjadi Perlis Baru.
Wan Saiful Wan Jan
7 Januari 2019