Giliran KWSP pula hari ini untuk menerima amaran dari pengerusi Lembaga Getah Malaysia (LGM) lantikan menteri DAP.
Ini berikut dari tindakan KWSP mengeluarkan kenyataan bahawa pembelian tanah LGM dilaksanakan dengan cara profesional serta pada nilai yang adil.
Sebenarnya, KWSP untung besar selepas membeli tanah ini dengan harga RM2.28 bilion kerana nilai pembangunan kasar projek KWSP di atas tanah ini ialah sekurang-kurangnya RM50 bilion.
Saya telah jelaskan dan buktikan beberapa kali bahawa syarikat Aset Tanah Nasional Berhad yang menjual tanah itu kepada KWSP ialah syarikat milik penuh Kementerian Kewangan.
LGM milik penuh kerajaan menjual kepada ATNB milik penuh kerajaan dan seterusnya menjual kepada KWSP.
Satu kroni pun tidak kelihatan di dalam proses penjualan ini kecuali kroni-kroni di KWSP iaitu pencarum KWSP.
Tetapi pengerusi ini masih bertegas bahawa RM800 juta sudah "hilang".
Mengapa pengerusi ini tidak berani meminta penjelasan dari Guan Eng dan menuntut kembali RM800 juta ini dari dia jika masih tidak puas hati dan bertegas bahawa LGM sudah mengalami kerugian akibat tanah dijual "di bawah harga pasaran"?
Oleh : Najib Razak
Penulis adalah Perdana Menteri Malaysia Ke-6