Pakar Saham : 10% Saham Rosyam lebih baik berbanding 100% Saham niaga hanya kedai runcit kabarmalay3.blogspot.com

kenapa saya kata Rosyam bijak macam jack ma, sebab Jack Ma hanya ada 7% dalam pemilikkan saham Ali Baba
Tahu tak yang Billgates orang terkaya dunia cuma hanya ada 1.3% saham sahaja dalam Microsoft.

1% saham Mcdonald kalau anda pegang bersamaan RM5.2billion.

So,sikit saham Rosyam Noor asalkan syarikat berkembang!
Terdetik hati saya, wah pandai Rosyam Nor bukak Pasaraya dengan harga yang murah dan menawan. Saya siap lawat juga 2 minggu lepas St Rosyam nor di Setiawangsa.

Bagus susunan rak,dan banyak produk melayu dalam tu.Satu kebanggaan pada saya sebab nampak produk Chili boh Zubir Food pun ada sekali.Tempe dan produk melayu lain juga banyak ditonjolkan kedepan.Wah bagus dan hebat!

ST Rosyam Noor Mart tu terang-terang JV SRI Ternak (ST) dan Rosyam Noor.Ok mari saya huraikan pasal dari kaca mata Saham.😆

1.Hari ini, saya tengok ramai kata Dato Rosyam noor menipu dan Dato Rosyam nor kata dia kena tikam dengan orang yang tak senang dengan kemajuan business dia.

2.Pihak yg hentam betul dan Yang menjawab juga betul, cuma Yang hentam tak faham pasal kuasa saham dalam business Begitu juga Rosyam yang tak dapat nak menjawab tepat pasal isu saham 10% dia ada dalam St Rosyam tu.Kalau jawab dari sudut saham,insha Allah selesai.

3.Pada saya Dato Rosyam langsung tak menipu kerana memang St Rosyam tu adalah milik dia.Walau ada 10%, dengan adanya 4 cawangan sudah cukup membuktikan dato Rosyam orang kaya baru. kalau dato Rosyam pegang 100% saham tetapi hanya sebuah kedai runcit sahaja apa guna! bab peratus saham ni, ramai yg bangga ada 51% shares atau 100% shares syarikat gitu kecik jer bertahun2 tak kemana bangga saham besar.Orang Kaya tak pikir peratus saham tapi pikir syarikat biar besar.

4.Walaupun pegang hanya 10%,kerja beliau lebih mudah dan dapat bergabung dengan orang yang lebih pakar handle business pasaraya.Rosham nor pegang sikit takpa sebab kerja dia kurang.Jangan nak tamak pegang saham besar tapi kerja tak pandai. Biar sikit ,tapi bergabung dengan orang pandai.

5.Tony Fernades pun bijak, dia hanya ada kurang 45% bagi sahamnya di Asia Thailand, Airasia Philiphine dia pegang 40% sahaja.Begitu juga di Indonesia dia pegang minoriti.No problem asal lesen lepas dan business kasi jalan.Kumpul-kumpulkan semua saham dia yg minoriti tu akan menjadikan dia Majoriti.😆 faham?

4.ST Rosyam nor kira mudah, kalau satu pasaranya bagi profit 2juta setahun kalau ada 4 cawangan adalah RM8juta setahun.Ini contoh congakkan saya sahaja.Maka kalau ada 8juta profit automatik boleh dapat Value syarikat RM120juta berdasarkan P/E 12.Dengan nilai syarikat 120juta Dato Rosyam ada shares 10% dia punya net worth adalah dalam RM12Juta!

5.Orang bisness dan orang kaya dinilaikan pada net worth.Nilai bersih bukan dinilai pada berapa banyak rumah atau asset yang dia ada.Nilai networth ini satu benda yg orang bisness wajib tahu.

6.Rumah ada value,kereta ada susut nilai dan ada value,jam rolex atau jam Omega juga ada value,kenapa tak tahu yg syarikat juga wajib ada value.9 dari 10 usahawan tak tahu kira value syarikat.😭

7.Dekat St Rosyam Noor Mart pegang 10%, Tapi syarikat kilang beras,Chili boh,ayam yang supply kat St Rosyam Noor Mart dia boleh pegang lebih majoriti contohnya 70%.Banyak supply chain yg Rosyam Noor boleh pegang majoriti.
Kalah didepan,menang dibelakang!
(Stategy ini harap dato rosyam tahulah😅)

8.Kalau ada bukak lagi 10 cawangan dan Dato rosyam pandai kuasai supply chain maka 'profit pool' akan bertambah.Dato rosyam boleh pegang shares kat bahagian supply dengan majoriti.

9.lagi sekali, Dato rosyam nor tak tipu dalam business.Korang tak baik kata dia tipu sebab St Rosyam nor mart tu memang dia punya saham sikit dan majoriti saham 90% dipegang oleh bangsa cina.Joint Venture ini bagus.Melayu cina dayak ke Matsaleh no issue sebab nak meniaga janganlah ko nak pengang 100%.ini cara salah!

Dalam game ni saya nampak rosyam bijak macam jack ma! ya cumanya dia tak proses sampai IPO.

8.kenapa saya kata Rosyam bijak macam jack ma, sebab Jack Ma hanya ada 7% dalam pemilikkan saham Ali Baba.Klik ni kalau tak caya https://www.investopedia.com/articles/investing/111114/top-five-alibaba-shareholders.asp. Jack Ma hanya ada 7%,cumanya selepas proses dilution berlaku dari tahun 1999 sehingga hari ini.

9.Tahu tak yang Billgates orang terkaya dunia cuma hanya ada 1.3% saham sahaja dalam Microsoft.1% saham Mcdonald kalau anda pegang bersamaan RM5.2billion.So,sikit saham Rosyam Noor asalkan syarikat berkembang!

10.So, Dato Rosyam Noor takda niat nak menipu pun sebab dia memang boleh claim St Rosyam Noor Mart tu dia punya.Bab dia pegang 10% tu bukan isu besar kalau ko faham apa tu kuasa JV dan saham.Lagipun dia tu 'spirit' dalam pasaranya tu.Tukar lah nama Ah seng siapa nak datang pasaraya tu.Kalau Rosyam nak pegang 90% tahu ke dia handle business rangkaian mart yg mencabar.Ada ka dia modal yg cukup kuat.

11.bab JV ni benda biasa dalam dunia korporat.Jangan ingat pegang 10% tu kecik sebenarnya kalau Rosyam noor ada 5% pun dah cukup besar.Ingat komen saya yg no 7 diatas.

Okeylah, kena kuasai saham dan jangan gaduh-gaduh kata melayu kena tunggang dengan cina bagai.Walhal dengan structur sahamlah yang akan menyatukan melayu dan cina.

 Dalam alam Ali Baba ada beratus kaum dan bangsa pengang saham Alibaba datu dunia.Relak Ja Jackma.so, apasal ko nak sibuk kata rosyam nor tipu kalau ko sendiri tak da cds akaun dan beli sikit saham kat Bursa tu?😅

Sekian,

Zamsaham
5th Jan 2019
Johor.
===============

#CelahGelegar 

Subscribe to receive free email updates: