Operasi tersebut dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) dan Bahagian Integriti dan Pemantuhan Standard (BIPS) Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di premis yang terletak di Jalan Ampang.
Menurut laporan Sinar Harian, ketika operasi itu dijalankan, seramai 101 individu diperiksa membabitkan 46 lelaki dan 55 wanita.
Dalam serbuan itu, dua lelaki termasuk anak menteri yang berusia 31 tahun itu ditahan selepas didapati positif dadah jenis ganja.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Yaacob mengesahkan perkara tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.